Friday, August 22, 2014

Persidangan Puteri Berjalan Lancar.

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 

Menurut Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fahariyah Md Nordin berkata, sebanyak 97 daripada 191 bahagian Puteri telahpun selesai bersidang dengan lancar dan harmoni.

kesemua bahagian yang bersidang telah memberikan kerjasama yang baik dan tidak ada sebarang kekecohan yang tidak diingini berlaku.

“Secara keseluruhannya, semua bahagian yang telah bersidang melahirkan sokongan kepada usul Pergerakan Pemuda yang telah mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan 30 peratus calon di bawah umur 40 tahun daripada kelompok Pemuda, Wanita atau Puteri pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Selain itu, usul yang turut menjadi perhatian adalah mereka yang di bawah umur 35 tahun diberi keahlian automatik Puteri.

“Satu lagi usul adalah berkenaan media sosial. Pergerakan Puteri mahu kerajaan pusat memberi perhatian yang lebih terhadap mereka yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebar fitnah juga menimbulkan isu yang sensitif.

Tambah Fahariyah, tiga usul ini mendapat perhatian kebanyakan bahagian yang telah bersidang.

Selain itu, beliau melahirkan harapan agar baki 94 bahagian yang bakal bersidang akan dapat menyelesaikan persidangan mereka dalam keadaan yang baik dan lancar.

“Saya yakin, semua ahli Puteri matang dan tidak akan ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Kita bukan seperti pembangkang yang suka kepada keganasan sekiranya tidak berpuas hati.

“Kita akan berbincang dengan baik untuk mencari penyelesaian. Itulah yang diajar oleh pemimpin kita. Sebagai sayap yang muda, Puteri akan terus mendukung segala amat parti agar UMNO terus kukuh di hati rakyat.

No comments:

Post a Comment