Sunday, August 31, 2014

Mengapa DAP Bantah PPSMI


Pengajaran Sains dan Matematik   dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan sebagaimana  dicadangkan oleh Tun Mahathir satu ketika dahulu telah mendapat penentangan  yang cukup hebat dikalangan Cina Kiasu DAP dan juga beberapa pertubuhan Melayu.

PPSMI atau pembelanjaran Sains dan Matematik didalam bahasa Inggeris telah  dikatakan oleh  kumpulan ini akan memberikan sati impak terhadap bahasa Melayu yang mana menjadi bahasa ibunda didalam Negara ini.

Dasar ini secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai satu dasar yang menggunakan bahasa Inggeris bagi menggantikan bahasa Melayu untuk mendedahkan pelajar mengenai mata pelajaran Sains dan Matematik.

Hal ini telah menimbulkan pelbagai reaksi pihak tertentu seperti Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka, GAPENA dan sebagainya. Mereka berpendapat bahawa pelaksanaan PPSMI ini akan memberi banyak kesan terhadap bangsa dan agama

Ketika orang Melayu menjadikan isu  ini sebagai “tebusan politic” untuk mengancam kerajaan, gulongan pelampau Cina juga memperjuangkan supaya bahasa Ibunda di kekalkan bagi pengajaran kedua mata pelajaran itu kerana mereka nampak bahayanya

Alasan ini diberikan oleh mereka yang berfikiran sempit sedangkan dasar ini sepatutnya dilihat melalui perspektif pada mula ia dilaksanakan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan PPSMI ini sejak tahun 2003 berdasarkan kepada persetujuan jemaah Menteri.

Keputusan yang diambil itu adalah salah satu langkah ke hadapan yang sangat pragmatik selaras dengan wawasan 2020 untuk menzahirkan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.  (Utusan Malaysia, 3 Mac 2009). Pelaksanaan dasar ini memberi kesan yang positif kepada pelbagai pihak.

Tetapi apakah faedah yang tidak kelihatan dan tidak disedari oleh fanatik Bahasa Melayu sekiranya pengajaran  Sains dan Matematik diteruskan dalam bahassa Inggeris di Sekolah Kebangsaan.?

Akibat dan kesan perlaksanaan dasar inilah yang  paling ditakuti oleh pejuang  pendidikan Cina kerana pastinya  ramai orang Cina yang  berminda praktik dan metrealistik  akan kembali menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan kerana kualiti dan nilainya akan lebih dari Sekolah Cina.

Pada pandangan saya , Tun Mahathir bermotif  untuk mengembalikan kegemilangan Sekolah Kebangsaan dengan cepat sesuai dengan tuntutan semasa  tetapi bangsanya dalam kelumpuk fanatik gagal  membaca apa yang tersirat disebalik nya

Tujuannya bukan untuk mengantikan Sekolah Kebangsaan  kepada Sekolah aliran Inggeris semula, tetapi memadai dengan menggunakan dua mata pelajaran penting digunakan didalam bahasa Inggeris.

Jiwa nasionalis  sememangnya tidak ada tempat dihati golongan Chauvanis Cina ini, mereka mempraktikkan kepentingan mereka dan menekan kepentingan yang akan merendahkan martabat mereka.

Kini Cina Chauvanis DAP bersorak sorai kegembiraan bila mana hasrat mereka untuk merendahkan martabat Sekolah Kebangsaan  telah tercapai dengan helah dan putar belit serta umpan dihulurkan  telah mengena . 

No comments:

Post a Comment