Thursday, August 21, 2014

Ampunkan saya raja nong chik...!!!!








Kes saman Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin hari selesai apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka kepada bekas menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah mengakui terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat pada 4 Mei tahun lepas iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

“Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

“Saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas,” katanya.

Dalam pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah menuduh Raja Nong Chik berkomplot dengan urusan pindah milik tanah 12 ekar milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bukit Kiara yang telah diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). Beliau juga mengimplikasikan Raja Nong Chik mempunyai kepentingan dan keuntungan peribadi dalam transaksi tanah tersebut serta melakukan salah guna kuasa.

Nurul Izzah turut mendakwa, YWP telah memberikan tanah tersebut kepada sebuah syarikat swasta, Kiara Mas Sdn. Bhd. yang mana ia akan dijual kepada sebuah entiti swasta selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan jumlah sebanyak RM475 juta.

Nurul Izzah turut mengaitkan isu tersebut dengan kes Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan Berjaya Corporation Bhd. (Berjaya Corp.) memberikan 12 daripada 62 ekar tanah kepada DBKL.

Bagaimanapun Nurul Izzah sebenarnya berbohong dan membuat fitnah kerana tanah yang dimaksudkan sebenarnya adalah dua lot tanah yang berbeza.

Lot pertama melibatkan pemberian semula tanah seluas 12 ekar yang dipajak oleh Berjaya Corp. daripada DBKL yang kini masih dalam peringkat perbincangan.

“Terdapat cadangan dari pihak DBKL yang mahu mengekalkan tanah tersebut sebagai kawasan hijau tetapi masih dalam peringkat perbincangan, dan belum lagi diputuskan. Jadi tiada sebarang pindah milik berlaku terhadap tanah tersebut kerana ia masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.

Manakala lot tanah kedua seluas 12 ekar milik YWP di Bukit Kiara adalah pemberian kerajaan, berasingan daripada tanah yang dinyatakan.

Pemindahan tersebut merupakan kelulusan di peringkat kabinet untuk YWP menyelesaikan masalah penempatan semula pekerja ladang estet di Bukit Kiara melibatkan 100 penduduk di situ.

Selain itu, tanah tersebut juga akan dibangunkan dengan rumah mampu milik selaras dengan sasaran kementerian bagi mewujudkan 30,000 rumah jenis itu dalam masa lima tahun.

“YWP sedang menyediakan RFP (Permohonoan Untuk Tawaran) bagi menjemput syarikat-syarikat yang berminat untuk memberikan cadangan pembangunan kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, YWP belum menandatangani perjanjian dengan mana-mana pihak, jadi tanah itu masih milik YWP dan tiada sebarang pindah milik berlaku. Oleh itu, tuduhan Nurul Izzah yang mengatakan bahawa tanah tersebut telah diserah oleh YWP kepada Kiara Mas adalah tidak benar dan berniat jahat,”

No comments:

Post a Comment