Friday, August 22, 2014

NETIZEN dah menyampah gila dengan khalid samad

Rupa-rupanya salah seorang PARASIT yang cukup terkenal di Selangor yang masih tidak dapat menjawab berhubung pembocoran kandungan WhatsApp perbualan dan perbincangan AJK PAS Pusat berdasarkan kepada simbol bluetooth dalam printscreen kenyataan Dr. Zuhdi yang dianggap kontroversial itu, sudah mempunyai alibinya yang tersendiri sekaligus membuatkan dia terselamat daripada dikenakan tuduhan menghasut.



Kenyataan terbarunya semalam ialah:

“Netizen berkata, kita tidak sepatutnya memberikan kuasa mutlak kepada Sultan untuk menentukan menteri besar, kerana ini sistem raja berperlembagaan,” katanya ketika ditanya mengapa PR tidak menyerahkan dua nama calon menteri besar kepada sultan.

“Pengguna Internet, ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kata seperti ini,” dakwa Khalid pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam semalam.
Kenyataan tersebut dibuat dalam sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam antara jam 3:00 petang sehingga 4:45 petang di alamat 6C, Tingkat 3, Blok 1, Bangunan Worldwide Seksyen 12, Shah Alam dengan kehadiran lebih kurang 20 orang yang sebahagiannya adalah kakitangan pejabatnya dan wartawan-wartawan tempatan termasuklah pegawai khasnya, Mohamad Jamil bin Abdul Rahim.
Dengan alasan NETIZEN, Khalid berasakan dia sudah cukup kuat.
Namun, Khalid Samad buat-buat tidak sedar bahawa pada sepanjang masa, NETIZEN atau Warga Internet bukan sahaja mengutuk, menuntut dia meletakkan jawatan, bahkan menghalaunya keluar dari Selangor. Tidak sahaja pendapat daripada Netizen, tetapi juga daripada pakar-pakar akademik, cendekiawan mahupun tokoh negara, turut mengutuk Khalid Samad dalam pelbagai isu.
Kenapa dia tak gunakan NETIZEN dan pendapat pakar-pakar tersebut sebagaimana digunakannya untuk memperlekehkan dan memperlecehkan kuasa DYMM Sultan Selangor?
Jangan pula dia kata, kenyataannya telah diputarbelitkan oleh UMNO memandangkan kenyataannya itu disalin dan ditampal oleh blogger-blogger pro-Pakatan mahupun Facebooker mereka di Facebook.
Jangan pula, Khalid Samad memberikan alasan, dia telah menghantar surat kepada DYMM Sultan untuk memohon maaf tetapi sebenarnya dia mahukan penjelasan daripada DYMM Sultan mengapa dia dimurkai.
Tolonglah sesiapa bagitahu Khalid Samad, NETIZEN dah menyampah gila dengan dia. Dia tak tahu malu ke?

No comments:

Post a Comment