Sunday, June 1, 2014

Teluk Intan sudah menjadi ‘medan perang.

KERAMBIT tiba agak lewat di Teluk Intan. Rabu lalu. Usai Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor. Ketika itu, setiap poster sudah habis dipasang, entah berapa pula artikel memperkatakan calon BN Datuk Mah Siew Keong  telah ditulis.

(Tahukah anda, ada artikel khas ditulis bagi menidakkan kebolehan Datuk Mah Siew Keong?

Di antara susur keluar lebuhraya Utara-Selatan dan bandar Teluk Intan, anda perlu melalui jalan satu lorong yang dikiri kanannya penuh ladang sawit.

Berjalan-jalan di Teluk Intan, KERAMBIT  dapat merasakan ‘vibe’ bandar kecil yang aman dan perlahan, seperti pulang ke kampung halaman sepuluh tahun lalu.

Namun dua hari lalu, KERAMBIT tidak sempat mengira berapa buah kereta mewah dan motorsikal polis yang melalui jalan kecil itu.

Masuk sahaja ke dalam bandar, poster kedua-dua calon bergantungan, sebelah menyebelah menyambut ketibaan.

Dari tiang ke tiang, papan tanda ke papan tanda, masing-masing berlawan memperagakan kelebihan mereka – MAH SIEW KEONG dengan kesegarannya, Dyana dengan pengalamannya.

Sedikit mengecewakan, BN mengaku kalah awal apabila menghitamkan rambut Dyana dan BERUBAH bertudung pada kebanyakan poster – seolah-olah ‘mengkhianati’ modal pengalaman yang mereka sendiri peragakan.

Kini Teluk Intan sudah menjadi ‘medan perang.



DAP jadi lintang pukang

Sambutan hangat orang ramai terhadap MAH menakutkan DAP. Dan seperti orang yang ketakutan, reaksinya mencapah dan lintang pukang.

Jarang kita melihat UNCLE LKS campur tangan dalam PRK. Namun UNCLE LKS Bagai melontar  ‘gula-gula mahal’, untuk melantik Dyana jika menang.

Dyana pula, walau pun sebagai calon, sejak hari pertama lagi sudah hilang kawalan terhadap kempennya sendiri.

Jentera parti komponen DAP bertumpu di sini untuk memberikan lauk tambah, selain tujuan promosi diri sendiri tentunya. 

(DAP malah terlupa untuk menghentikan kempennya pada malam kemangkatan Sultan Azlan Shah, walaupun tidak lupa untuk menyerang BN kerana meneruskan ceramah keesokannya)

Kempen memburukkan MAH mencapai takah lebih tinggi daripada biasa, pada masa sama taktik rasuah DAP berjalan seperti sedia kala.

Kempen paling sukar

Maka boleh dikatakan bahawa ‘ Datuk Mah Siew Keong ’ menjadikan kempen BN lebih sukar daripada PRK biasa.

Kesukaran ini diakui Pengarah Kempen BN  ketika ditemui di pusat operasi.

“Kita tahu dari hari pertama, PRK ini bukan senang. Jentera DAP begitu kuat dan semuanya bertumpu di sini.

BN menjawab serangan agresif DAP dengan gerak kerja kempen yang teratur. “Setiap ahli seluruh negeri yang hadir akan maklumkan kepada bilik operasi lebih awal, dan kita akan aturkan jadual dan tugas khas untuk mereka.

Misalnya, tugasan menjaga keselamatan  Datuk Mah Siew Keong sepanjang kempen diberikan kepada DAP Derga, Kedah yang diketuai Timbalan Ketua Pemuda Negeri .

“Di Changkat Jong pula (kubu kuat DAP), JENTERA  banyak bantu dalamLawatan rumah ke rumah dibuat Muslimat, manakala ceramah oleh Pemuda Umno.

Menjelang hari terakhir kempen, beliau berharap dapat membawa ‘gelombang’ mesej BN yang kuat kepada pengundi di sini.

“Calon kita kali ini sememangnya sangat popular, kita lihat sendiri dalam setiap program. Persoalannya, dan juga harapan kita, agar ia mampu diterjemahkan kepada undi nanti.

“Kita sudah buat keputusan berani (dengan pencalonan Datuk Mah Siew Keong  ). Kita juga ingin cipta sejarah baru di teluk intan .

Bagi Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam merupakan isyarat jelas rakyat menolak politik kebencian yang selama ini dimainkan pakatan pembangkang.

"Bahwa isyarat yang diberi rakyat Malaysia kepada pembangkang supaya mengamalkan politik sederhana... bukti yang cukup jelas rakyat mahukan kesederhanaan dalam politik negara.

sudah tiba masanya rakyat Malaysia melihat BN sebagai sebuah parti yang ke depan untuk menyatakan suara rakyat dalam suasana politik negara ini.

Semalam, calon BN Datuk Mah Siew Keong memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi pada pilihan raya kecil kerusi itu.

Mah, 53, yang juga Presiden Gerakan memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, 27, yang mendapat 19,919 undi.

Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka.

Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai.

Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu
Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup.

Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan..

No comments:

Post a Comment