Seperti biasa, walaupun BN menang dan bergembira meraikannya, namun tetap menerima hakikat masih ada kelemahan yang boleh diperbaiki untuk pencapaian lebih baik di masa depan. Itu tabiat semulajadi dalam BN, menang atau kalah sentiasa muhasabah diri.
Berbeza dengan parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS yang bila menang cepat meninggi diri tapi bila kalah mulalah meroyan tak sedar diri sambil tercari-cari kambing hitam untuk dipersalahkan, merungut itu ini sampai baring atas jalan pun sanggup dilakukan.
Mungkin akibat sudah terbiasa dengan tabiat menyalahkan orang lain itulah agaknya maka Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengaitkan kekalahan calonnya di Teluk Intan berpunca dari sikap penyokong Cina DAP yang enggan keluar mengundi Dyana Sofya yang berbangsa Melayu.
Satu pengakuan yang menarik yang penulis rasa ia mungkin terlanjur diluahkan sementelah lagi tika itu Guan Eng berada dalam keadaan moyok dilanda kekecewaan yang teramat sangat.
Walaupun tidak disebutnya perkataan rasis tapi maksudnya jelas menjurus kepada sikap perkauman orang Cina totok DAP yang sukar untuk menerima hakikat bagaimana seorang wanita muda yang masih mentah, keturunan Melayu Islam tiba-tiba sahaja diangkat menjadi calon parti itu.
Walaupun tidak disebutnya perkataan rasis tapi maksudnya jelas menjurus kepada sikap perkauman orang Cina totok DAP yang sukar untuk menerima hakikat bagaimana seorang wanita muda yang masih mentah, keturunan Melayu Islam tiba-tiba sahaja diangkat menjadi calon parti itu.
Kena pula si ibu kepada Dyana merupakan bekas pemimpin penaja NGO PERKASA yang selama ini cukup digeruni penyokong Cina DAP, lagilah bertambah semangat rasis untuk tidak keluar mengundi.
Sikap rasis punya pasal, kalah pun kalahlah, yang penting puas hati begitulah agaknya pendirian penyokong Cina DAP.
Pun demikian, sebetulnya Lim Guan Eng tidak boleh menyalahkan seratus peratus pada penyokong Cina DAP sebagai punca kekalahan DAP di Teluk Intan. Kot mana pun Guan Eng kena belajar tengok cermin dan sekali sekala apa salahnya belek segala kudis dan sopak di badan sendiri.
Sudah tentunya sikap rasis dan semangat perkauman melampau ini tidak berlaku secara semulajadi melainkan wujudnya ia di kalangan penyokong Cina DAP disebabkan asuhan dan doktrin yang sekian lama dicontohi dari perilaku pucuk pimpinan DAP sendiri samada secara langsung atau sebaliknya.
Imej DAP itu misalnya walau kononnya parti pelbagai kaum hakikatnya bukan sahaja penyokong Cina DAP malahan seluruh dunia pun tahu kewujudan DAP sejak dulu hingga sekarang balik-balik asyik duk memperjuangkan hak kepentingan orang Cina semata-mata.
Alasan dan pelbagai slogan konon mahu hak sama rata, Malaysia Malaysian misalnya, itu semua hanya kosmetik yang indah khabar dari rupa.
Jadinya, menyalahkan sikap rasis penyokong Cina totok DAP takkan membawa parti itu ke mana-mana.Ia sekadar seumpama meludah ke langit akhirnya terpalit atas dahi kepimpinan DAP sendiri.
No comments:
Post a Comment