Kalau Pas boleh tukar perjuangan dari perjuangkan Negera Islam ke Negara Kebajikan maka Pas adalah yang selayaknya untuk mengajar DAP apa itu Negara Berkebajikan.
Kah..kahh..kahh..!!!
Hakikatnya sejak DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang pada tahun 2008, terlalu banyak yang boleh disenaraikan penganiayaan DAP terhadap rakyat negeri itu.
satu demi satu tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dilihat membebankan rakyat sedangkan sebelum ini pembangkang seringkali menuduh kerajaan pusat zalim dan tidak mengambil berat masalah rakyat.
“Kita lihat, terbaru kerajaan DAP menaikkan kadar sewa premis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sehingga 100 peratus. Sebelum itu mata pencarian nelayan di Jelutung terjejas apabila diarahkan berpindah tanpa ada sebarang perbincangan.
“Ini yang terbaru.. sebelum ini apa yang telah DAP lakukan untuk membela nasib rakyat Pulau Pinang? Janji nak hapuskan tol pun sehingga kini tidak tertunai. Lihat pula apa yang terjadi pada penduduk Kampung Asam…
“Adakah ini semua bukti DAP membela nasib rakyat? Sudahlah kadar sur caj air juga dinaikkan seratus peratus. Sekarang, para pelancong yang datang ke negeri ini juga terpaksa membayar kadar caj katil. Ini semua membebankan rakyat.
Pas selaku parti ‘selingkuh’ DAP haruslah memainkan peranan untuk mengajar DAP apa itu erti kebajikan dan membela nasib rakyat.
Pas menurutnya yang kononnya kini berjuang untuk Negara Berkebajikan sepatutnya bijak untuk mengajar DAP ciri-ciri sebuah Negara Berkebajikan.
“Pas jangan terus hanya jadi pak turut dan melihat rakyat terus ditindas apatah lagi yang menjadi mangsa adalah rakyat yang kurang berkemampuan.
“Rakyat juga harus sedar dan melihat bahawa DAP bukanlah satu parti yang boleh dipercayai. Mereka hanya tahu menggunakan segala kesempatan yang ada tanpa mengira ‘halal haram’ asalkan agenda peribadi mereka tercapai.
No comments:
Post a Comment