Tuesday, June 17, 2014

Anwar Hilang Batasan Dalam Berpolitik

Anwar Ibrahim memburuk-burukkan nama negara di mata dunia di dalam temuramah terbaru bersama British Broadcasting Company (BBC) sebagai satu tindakan yang tidak wajar dan tidak melambangkan kesetiaan kepada tanah air,sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi seorang Perdana Menteri di negara ini, tidak sepatutnya beliau memburukkan negaranya sendiri.


“Ini jelas memperlihatkan Anwar sudah hilang batasan dalam berpolitik. Pendapat kami, cukuplah beliau mengkritik kerajaan dari dalam negara dan tidak perlu memburukkan nama negara di mata dunia.

“Ini kerana apa yang dikatakan oleh beliau bukannya betul belaka. Beliau mempertikaikan kehakiman negara, mendakwa ada campur tangan politik dan sebagainya, ini tidak betul. Berapa kali mahkamah melepaskan beliau? 

Berapa kali beliau menang kes saman terhadap akhbar di negara ini? Jika sistem kita tidak adil, beliau tidak ada peluang untuk menang walaupun satu kes.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa Anwar perlu melihat dirinya terlebih dulu sebelum memburukkan mana-mana pihak, apatah lagi negara tempat tinggalnya sendiri.

“Dari segi politik, sudah berapa kali Anwar bercakap bohong dengan rakyatnya sendiri? Peristiwa 16 September, kes pengundi hantu, bangla dan sebagainya. Ternyata apa yang didakwanya itu, sehingga mencetuskan beberapa siri perhimpunan adalah bohong semata-mata.

“Manakala dari segi pentadbiran parti, Anwar sendiri tidak dapat menguruskan partinya yang sekecil itu. Kita lihat saja apa sudah jadi dengan pemilihan PKR yang bercelaru dan didakwa tidak adil dan berat sebelah, serta dicemari unsur-unsur rasuah. Jika menguruskan parti yang sekecil itu pun Anwar tidak mampu, apakah beliau mengukur dirinya berkemampuan dalam mentadbir negara?,

Justeru itu, sudah sampai masanya Ketua Pembangkang itu berhenti daripada memburuk-burukkan negara melalui temuramah media asing yang tidak mendatangkan sebarang manfaat untuk rakyat di negara ini.

“Saya rasa cukup-cukuplah. Berpolitiklah dengan cara yang lebih matang, berhujah dengan fakta dan tidak menjadikan politik sebagai medan untuk menyemai kebencian sesama kita sendiri. Tidak ada manfaatnya kita memburuk-burukkan negara di mata luar kerana ia akan memberikan kesan kepada banyak perkara terutama ekonomi dan campur tangan asing di dalam pentadbiran negara....

No comments:

Post a Comment