Friday, June 13, 2014

Kalau Peguam Negara pun dipersoalkan rakyat..! apa lagi mahu tunggu?



Kalau kita rajin mencari maklumat..! kita akan dapati bahawa Gani ni bertaraf Utama - Turus Utama iaitu pangkat tertinggi selepas KSN..! sebab apa dia berjaya mendapat tempat yang begitu tinggi? kerana sehingga kini dia sahaja yang masih ditampuk kerusi AG selama 12 tahun..! bila berhenti? entah..! kalau ditengok, ditelek pandang..! selagi ada Najib la..!

Tapi isu yang nak diangkat ni ialah isu ini…

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengeluarkan satu kenyataan sebagaimana yang telah dilaporkan oleh pihak Malaysian Insider. Ia berkenaan isu rampasan Bible yang jelas mengandungi perkataan-perkataan yang dilarangguna di dalam negeri Selangor. Kenyataan Peguam Negara adalah seperti berikut :

"Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian,"

Pihak PEMBELA mendapati keterangan ini jelas becanggah dengan aqidah Islam dan hukum Syarak kerana beliau menyifatkan Bible Bahasa Melayu yang JAIS rampas itu adalah sama dengan Kitab Injil, Taurat dan Zabur. Sedangkan pada akidah Islam dan hukum Syarak yang sebenarnya kitab-kitab suci yang Allah SWT wahyukan kepada Rasul-RasulNya bukan sebagaimana yang terkandung dalam Bible yang menjadi objek rampasan. Ini adalah merupakan satu dakwaan palsu oleh Peguam Negara yang dilihat cuba memesongkan ajaran sebenar Islam.

Rentetan kepada sikap terhadap kes-kes bertentangan dengan Perlembagaan yang diuruskan Peguam Negara lewat ini membuatkan pihak PEMBELA semakin sangsi dengan kredibiliti Peguam Negara untuk melaksanakan tugasnya di dalam kerangka menghormati Keluhuran Perlembagaan. Peguam Negara dilihat terlalu berpihak kepada rakan-rakan karibnya dalam Kabinet yang sepatutnya berkewajipan untuk memelihara kesucian agama Islam sebagai agama Negara dan bukan melindungi kitab agama lain yang cuba menceroboh kesucian agama Islam dengan menyalahgunakan nama suci Allah. Ini terbukti apabila Gani sendiri, secara sedar, melakukan kesalahan dengan menggunakan nama Injil kepada bible bahasa Melayu yg dirampas.

Justeru itu, PEMBELA mendapati Peguam Negara telah melakukan satu melakukan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor atau Enakmen Agama Bukan Islam 1988. PEMBELA mendesak supaya beliau mesti disiasat oleh pihak JAIS dan Polis atas perkataannya ini.

Pihak PEMBELA juga mendesak agar pihak JAIS atau Polis membuka kertas siasatan ke atas Peguam Negara dan Malaysian Insider di bawah seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah- Doktrin Palsu atau alternatif di bawah seksyen 13 Melanggar Fatwa atau di bawah seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam( Kawalan dan sekatan) terhadap Peguam Negara dan Malaysian Insider kerana menggunakan istilah Injil sebagai merujuk kepada Bible yang dirampas.

Satu laporan polis telah dibuat pada jam 3 pagi semalam oleh wakil PEMBELA. Dengan ini, PEMBELA mendesak Peguam Negara disiasat dandigantung tugas buat sementara waktu dalam tempoh proses siasatan dijalankan.

Sumber - bangkit.info/.

Kalau Peguam Negara pun dipersoalkan rakyat..! apa lagi mahu tunggu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

No comments:

Post a Comment