Saturday, June 28, 2014

BANGLA JADI TAUKEH, MELAYU JADI KULI

Pagi tadi kerambit dan rakan-rakan bertemu di kedai mamak untuk sarapan pagi dengan roti canai banjir. Kami betul-betul mati angin. Masing-masing macam tak ada mood nak bersembang macam selalu. Agaknya cuaca panas sedikit sebanyak mempengaruhi minda. Baru pukul sembilan tapi bahang panas dah terasa.

Dalam tak ada isu itu, seorang rakan membuka ruang bicara dengan isu sudah ramai kaum bangla yang mendagang ke negara ini sekarang menjadi taukeh setelah beberapa tahun di maki herdik sebagai kuli kontrak ketika bertaukehkan cina, india mahupun melayu.
Pandai bangla ni, dengan sedikit rupa ala-ala Shah Rukh Khan-nya, dia memikat gadis wanita melayu rakyat Malaysia. Dia tak kira dara atau janda. 

     (Gambar hiasan )

Tua muda pun dia tak kira! Janji boleh kahwin. Dia tahu, dengan cara itu dia boleh gunakan isterinya untuk mendaftar syarikat perniagaan. Boleh beli rumah, banglo besar ratus ribu ringgit. 

Boleh beli harta atas nama isterinya itu. Kereta besar, lori dan motosikal.Tak kurang penting juga, mereka boleh balik ke bangladesh sebulan sekali bayar "bil air" rumah bini tua di sana.

Walaupun semua aset dan wang simpanan atas nama isterinya Malaysia, namun dia tetap berkuasa. Dia suami! Sebahagian pendapatan akan dicurahkan juga ke bangladesh. Itu persediaan untuk masa kecemasan. Apa-apa berlaku di negara ini, kalau dia terpaksa balik ke negara asalnya, dia memang sudah kaya dan senang lenang.

Isteri mesti taat kepada suami selagi si suami tidak menyalahi hukum syarak. Lagipun perempuan tu bukan ada kerja pun.  Jadi dia kena bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh suaminya itu. Selesai..Punya lori, pemandunya melayu tempatan. 

Yang diniagakan pula hasil-hasil tempatan yang sebelum ini melambak ruak di depan mata orang tempatan. Sebelum ini tidak siapa pun yang berusaha untuk menjadi taukeh meniagakan benda-benda tersebut.
    (Gambar hiasan)

Bila bangla berniaga, dia jadi pemborong. Orang melayu menyembah jual hasil kepada bangla. Bangla kuasai perniagaan dan harga. Melayu beli balik daripada bangla. Hasil tempatan! Melayu bawak lori bangla siap kena maki kalau lambat atau tak betul kerja. Buang kerja lagi, kalau malas atau menipu. Dia buat macam mana dia pernah kena maki masa mula-mula jadi kuli dulu. Dia belajar dari situ, dari taukeh-taukeh terdahulu.
Pandai bangla ni dan cepat belajar. Bukan itu sahaja, mereka juga cekal dan berani.

Apa yang tak kena ni??

Kerambit:ada seorang kawan, dulu dah jadi taukeh ikan, tapi sekarang jadi orang suruhan  bangla tangkap ikan jual ikan. Bangla tu dulu pernah beli ikan ternakan dia.  hahaha... macam-macam la..

No comments:

Post a Comment