mungkin hari ini adalah hari terakhir dan hari penentuan samada Anwar Ibrahim akan disumbat ke dalam penjara Kajang atau dibebaskan . Segala-galanya bergantung kepada kebijaksanaan Hakim Mahkamah Persekutuan . Kalau dulu Hakim di Mahkamah Rayuan mengatakan Hakim Mahkamah Tinggi khilaf dalam membuat keputusan membebaskan Anwar berdasarkan rekod dan bukti-bukti , besar kemungkinan perkara yang sama mungkin dipersetujui Hakim Mahkamah Persekutuan, namun segala-galanya tidak mustahil . Mungkin ada yang berpendapat keputusan Hakim boleh dipengaruhi dengan sentimen rakyat terhadap orang kena tuduh, Sebab itu lah Anwar bijak mengatur strategi dengan mengarahkan penyokong-penyokong beliau supaya memenuhi Istana Kehakiman , tindakan ini mungkin untuk menggerakkan momentum bagi menarik lebih ramai orang berhimpun dengan tujuan untuk 'menekan' mahkamah .
Hal yang serupa turut dibuat oleh penyokong2 Saiful Bukhari. Masing-masing mengatakan bahawa keadilan perlu ditegakkan terhadap orang yang mereka sokong. Dalam keadaan sekarang, boleh dikatakan sokongan 'rakyat' terhadap kedua-dua individu ini berdasarkan jumlah 'penyokong' yang hadir di Istana Kehakiman Putrajaya, agak seimbang . KS yakin, berdasarkan perkembangan ini faktor tekanan dari 'penyokong-penyokong' yang berhimpun di luar Istana Kehakiman tidak akan mempengaruhi hakim. Tambahan pula, jumlah yang hadir tidaklah seramai mana, tapi yang hadir kita faham ... saja cuba buat ramai dengan terpekik, terlolong dengan aksi yang ala-ala pemberontak, apa pun perkara yang cuba dibuat itu gagal. .... kalau menjadi dah lama portal-portal pro-pembangkang akan hi-lite benda-benda ni.
Walau bagaimanapun, KS berasa agak pelik kerana jumlah sokongan terhadap Anwar untuk kes liwat 2 tidah se-gah kes liwat yang pertama , malah jumlah sokongan atau kehadiran semasa keputusan pendengaran di Mahkamah Tinggi untuk kes Liwat 2 lebih ramai manusia yang hadir. KS cukup yakin ramai di kalangan penyokong Anwar dah makin meluat dengan drama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ni . Mana tak nya, dengan isu Kajang nya yang nampak sangat sikap hipokrit nak menaikkan bini sendiri, itu kronisma secara terang-terangan . Jangan lupa dari isu Kajang Move tu , pemimpin dan penyokong PAS yang begitu kuat menyokong beliau dahulu dah naik menyampah .
Penyokong2 setia Tan Sri Khalid , bekas MB Selangor pun dah tentu simpan dendam dengan Anwar and the gang . Si Azmin Ali pula, kalau Anwar masuk ke dalam maka lebih mudah untuk beliau mengambil alih kepimpinan tertinggi PKR , tapi sekarang sementara tak masuk lagi ke dalam dia 'berlakon' lah .. . dari sudut sokongan rakyat sendiri mungkin dah berpuluh-puluh ribu menyesal tak sudah bagi sokongan pada Anwar , mungkin ramai lagi masih jelas dalam ingatan bagaimana babak video seorang lelaki mirip Anwar bersama seorang budak lelaki lembut 'bersembang' dalam sebuah bilik menggunakan kata ganti diri "I" dan "U" (Rafizi bagi alasan ... Anwar memang peramah orangnya dalam respon terhadap video ittew..)
Apa pun ... pasti ramai yang berdebar-debar menunggu keputusan penghakiman hari ini. Harapnya janganlahh tangguh , dah terlalu banyak tangguh menangguh ni . Lagi tangguh lagi banyak kerosakan di muka bumi Malaysia dibuat dek Anwar and the kronis . Anwar memang cukup cekap belit sampai orang dah 'confuse' antara perkara betul dan tipu . KS secara peribadi harap Anwar masuk ke dalam , kalau tak masuk .. si mangsa Saiful Bukhari memang teraniaya lah .
Tapi kita terpaksa akur dengan keputusan mahkamah sebab segalanya berkaitan dengan teknikaliti kes , kalau pandai peguam main bab-bab teknikal , memang Anwar ada can untuk lepas . Bagi penyokong-penyokong Saiful , pemimpin2 pembangkang yang minta Najib campur tangan kes Saiful , korang jangan jadi blur...sebab kalau ada campur tangan kes ni, samada untuk lepaskan Anwar atau sumbatkan Anwar maka apa yang dilaungkan pembangkang selama ini bahawa institusi kehakiman negara ini 'dikawal' kerajaan jadi betul dan sampai bila-bila pun sentimen itu akan lekat.
No comments:
Post a Comment