Friday, November 7, 2014

"Ceramah Politik"

Apa boleh buat. Bila dah jadi peguam ni, memang diorang cukup pandai bermain dengan kata - kata biarpun ianya tidak merujuk kepada pembuktian dalam kes yang sedang dibicarakan.

Hari ini, Ketua Peguam Si Ketua Penipu tu cuba menjelaskan sebab musabab kenapa Si Ketua Penipu tu hanya memberikan "Ceramah Politik" dari kandang tertuduh dan tidak menjadi saksi untuk disoal balas.

Kata peguam Si Ketua Penipu tu, tindakan sedemikian wajar diambil berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui oleh Si Ketua Penipu tu dalam kes terdahulu.

Secara tidak lansung, kenyataan hujah yang dibentangkan oleh peguam Si Ketua Penipu tu jelas menyatakan bahawa bukti kes tersebut kukuh dan tidak ada apa yang perlu dipertikaikan.

Cuma yang perlu menjadi persoalan adalah kredibiliti saksi utama iaitu Si Saiful tu sendiri. Maka sebab itu Si Ketua Penipu tu berhak untuk mengelakkan diri dari menjadi saksi agar dapat disoal balas.

Tapi, apa yang GAGAL dijelaskan oleh peguam yang dibayar secara lumayan oleh Si Ketua Penipu ialah berkaitan dengan "Ceramah Politik"  yang telah diberikan dari dalam kandang tertuduh.

Peguam Si Ketua Penipu tu GAGAL menjelaskan kenapa anak guamnya tidak menafikan perlakuan liwat diantara dia dengan Si Saiful tu berlaku dalam "Ceramah Politik"nya.

Isi kandungan "Ceramah Politik" itu hanya berkisar tentang "Konpirasi Peringkat Tertinggi" yang sengaja diatur untuk merosakkan imej serta maruah dirinya semata - mata.

Apa yang pasti, "Ceramah Politik" didalam mahkamah itu tidak sedikit pun merujuk kepada sebarang bukti. Sebaliknya, ia hanya bersandarkan kepada 'Andaian' dan 'dakwaan' terhadap pihak Kerajaan.

Jadi, bagaimana mungkin mahkamah boleh menerima "Ceramah Politik" itu sebagai salah satu keterangan bagi menentukan kesalahan jenayah yang telah dilakukan?

Bagaimana mungkin KEADILAN itu hanya boleh bergantung kepada 'Andaian' dan 'Dakwaan' yang di 'dengar' (Hear Say) semata - mata tanpa merujuk kepada sebarang pembuktian? 


Adakah itu maksud KEADILAN dari sudut pandangan seorang 'Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan'? Jika itu KEADILAN yang dimaksudkan, maka hancur la sistem perundangan di Malaysia ni jawabnya!!! Lepas ni semua main pakat 'Berceramah' pulak la dalam Mahkamah!!!

No comments:

Post a Comment