Pegawai-pegawai Pemandu menerima upah belasan malah puluhan ribu sebulan. Gaji siber trooper Umno berapa?
CEO Pemandu ialah evangelista, iaitu Idris Jala – seorang menteri beragama Kristian.
Senator Idris yang tiada berparti itu sebenarnya tidak menyumbang apa-apa modal politik kepada BN. Namun beliau dilantik juga ke kabinet oleh Najib Razak menerusi pintu belakang Dewan Negara (Senat).
Nyata sekali Najib kurang menaruh kepercayaan kepada penjawat awam tetapi sebaliknya subcontract kepada orang luar untuk mengurus pentadbiran kerajaannya.
TalentCorp – satu lagi projek Transformasi Najib Razak
Para pegawai TalentCorp menginap di hotel lima bintang ketika bertugas di kota-kota masyhur dunia.
Tugasan mereka ialah berkunjung ke luar negara untuk menarik “bakat” (termasuk kabilah Dapster) yang telah berhijrah supaya kembali menetap di tanahair.
Baca juga, ‘We take it TalentCorp enjoyed their European grand tour‘
Najib mengutamakan mereka yang sudah angkat kaki
Adakah “bakat” yang dibawa balik oleh TalentCorp akan menyokong kerajaan BN? Adakah kakitangan TalentCorp pro-kerajaan?
Najib nampaknya kurang berpuashati kerana BN kian hari kian hilang sokongan.
Dalam pada itu, siapa atau pihak manakah yang bertanggungjawab melunturkan keyakinan terhadap parti pemerintah?
Najib mendokong puak-puak liberal
Bukankah ia kelompok-kelompok liberal, umpamanya Wardina ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara, yang menconteng arang ke muka Najib sendiri?
Bagaimana pula boleh Wardina – yang menyatakan hasratnya “mahu menetap di Australia” (lihat tajuk muka depan Utusan, bawah) – boleh dipilih untuk mewakili MKPN?
Sebenarnya ia gelagat si punahsihat, konsetan dan lain-lain merpati sejoli yang hinggap di keliling pinggang sang perdana menteri kita lah yang menghindar pengundi atas pagar daripada mahu mendekati BN.
Suara pembangkang berkumandang dalam BN gara-gara pendirian MCA dan pendekatan J-Star tidak banyak beza dengan DAP dan Rocket.
Ketua Pemuda Umno telah membawa sebilah gunting masuk pejabat Menteri Umno dan si Scissorati yang seekor itu diberi jawatan Setiausaha Akhbar.
Tapi yang kuat sokong kerajaan, contohnya blogger-blogger Umno, tidak diambil untuk bekerja di Kementerian.
Kenapa “blogger bangang” tak nak tembak pembangkang?
Last-last ia blogger Umno yang dipersalahkan pengerusi BN kerana tidak mampu mematahkan serangan lawan.
Blogger Umno didakwa kurang daya untuk berperang.
Dan blogger Umno dituduh bangang. Kesian.
No comments:
Post a Comment