Monday, November 17, 2014

post mortem

Pertama sekali K.S ingin mengucapkan JUTAAN tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana berjaya mengorak langkah berbeza untuk mengadakan program Hari Terbuka nya di PWTC pada hari Sabtu lepas.

1st impression K.S apabila berada di Dewan Tun Razak II ialah adakah program yang dianjurkan ini bertemakan syok sendiri atau sebenarnya tidak mencapai sasaran pelawat yang ditetapkan. Secara peribadi, kehadiran K.S ke program tersebut adalah atas dasar ingin memberi sokongan kepada kawan² Pemuda UMNO yang bertugas pada hari tersebut. 

Sebelum K.S terus mencoretkan lagi pandangan di sini, mungkin ada perkara yang akan membuatkan beberapa pihak tidak setuju dan mungkin berkecil hati atau menjadi marah. Tetapi K.S harap artikel ini dijadikan modal untuk post mortem ahli jawatankuasa pelaksanaan program ini kelak. 

KELEMAHAN JEMPUTAN K.S menerima jemputan ke program ini melalui dua (1) poster seperti di bawah (tak tahu lah mungkin ada poster selain daripada ini) 


Rasa-rasanya  apa info / maklumat yang boleh K.S terima melalui poster² ini? 

Secara umumnya, orang yang melihat poster ini tidak akan tertarik langsung untuk hadir kerana maklumat yang disertakan di dalamnya tidak memadai untuk menarik perhatian pembaca. 

Bahkan pembaca juga tertanya² apakah ia merupakan program untuk ahli UMNO saja atau terbuka untuk sesiapa saja.Walaupun tertera jemputan untuk semua hadir. 

Pembaca yang melihat poster ini tidak ketahui apakah jenis program yang cuba diadakan oleh Pemuda UMNO Malaysia ini. K.S fikir, adalah lebih baik sekiranya poster ini mengajak orang ramai untuk mengenali Biro² Pemuda UMNO secara lebih mendalam. 


Atau ditambah dengan beberapa baris perkataan yang membuatkan pembaca ingin tahu lebih lanjut seperti JOM KENALI BIRO² PEMUDA UMNO MALAYSIA Kenali Siapa Mereka Di Sebalik Biro dan bermacam lagi Ketahui Apa Tujuan Penubuhan Biro ...... Bagaimana Untuk Menyertai Biro Tak salah jika menggunakan istilah² yang lebih catchy dan dekat dengan hati anak muda yang hendak dimenangi.

Kena ada penggunaan ayat yang mengajak untuk bersama Pemuda. 
Bukannya macam poster² seperti di atas. 

PROMOSI  Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin pernah berkata bahawa pemimpin Pemuda UMNO perlu bijak mempromosi UMNO dan menarik sokongan daripada golongan sasaran. 

Jadi  dalam hal ini, apa yang K.S lihat dan mungkin boleh kongsikan bersama ialah penggunaan media sosial yang terdapat di dalamnya anak² muda. Media sosial adalah lokasi terbaik untuk mempromosi program Pemuda UMNO. 

K.S pernah memberi gambaran kepada beberapa pihak sebelum ini bahawa Biro² Pemuda UMNO perlu mempunyai jentera siber nya sendiri. Bukan saja untuk counter isu melibatkan Biro tetapi juga berperanan untuk membantu mempromosi dan memberi penerangan kepada masyarakat berkenaan kewujudan Biro² di dalam sayap UMNO ini. 


Sekurang²nya 5 orang jentera siber meliputi Facebookers, Bloggers dan lain² media lagi untuk 1 Biro. Jika lebih lagi bagus tetapi seperkara yang harus diingat bahawa jentera tersebut hendaklah mempunyai followers mereka tersendiri. Bukan saja dari kalangan penyokong kerajaan bahkan kalangan atas pagar itu sendiri. 

PENGGUNAAN GADIS LITAR Sehingga K.S menaip artikel ini, K.S masih lagi tak  faham kenapa terdapat booth² tertentu menggunakan khidmat 'gadis litar' yang membantu jawatankuasa memberi 'penerangan' ringkas mengenai Biro² terbabit. 

Persoalannya kenapa khidmat gadis² ini digunakan dan agak pelik juga program ini Pemuda yang anjurkan, kenapa bukan Pemuda saja yang menjadi host untuk booth² tersebut. 

Apakah nilai tambah kepada penggunaan gadis litar tersebut? Sekadar untuk menarik orang untuk memasuki booth mereka atau menjadi penyeri saja. K.S berpandangan, tidak perlulah Pemuda beriya² menggunakan khidmat 'berbayar' daripada gadis² tersebut. 

ELOK  guna khidmat ahli² Pemuda yang ramai sedia untuk memberi khidmat mereka secara percuma dan kemungkinan knowledge mereka juga lebih baik mengenai Biro tersebut. Apa yang penting, setiap Biro² harus libatkan lebih ramai ahli Pemuda UMNO sendiri untuk bersama dalam setiap program / aktiviti Biro. Besarkan network sesama ahli terlebih dahulu sebelum menarik crowd yang ramai dari kalangan orang luar parti. 

LOKASI 
Sekadar pandangan K.S jika Pemuda UMNO ingin tackle golongan sasaran di luar UMNO maka lokasi yang diadakan berkemungkinan di tempat² terbuka dan ramai orang. Seperti di pusat membeli belah, siar kaki Bukit Bintang, Midvalley Convention Centre dan pelbagai lagi lokasi seluruh negara. Pemuda UMNO diharap lebih concern bahawa sesuatu pameran atau expo yang diadakan, perlu ada daya tarikannya tersendiri atau mempunyai steady crowd. 

Jika tiada elemen² seperti berikut, kemungkinan ianya akan berlangsung hambar seperti yang berlaku Sabtu lepas. Untuk menarik anak muda menyertai UMNO mungkin sesuatu perkara yang sedikit sukar tetapi menarik mereka untuk mengenali UMNO secara positif adalah satu perkara yang mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. 

K.S tak berminat untuk memanjangkan teguran ikhlas ini kepada Pemuda UMNO Malaysia tetapi apa yang lakukan ini adalah untuk manfaat bersama demi kelangsungan perjuangan Pemuda UMNO.


No comments:

Post a Comment