mengakui memang terdapat arus kuat di rakan-rakan pimpinan parti yang mahu menumbangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.
“Hj Hadi ini dirasakan sudah tak layak pegang jawatan Presiden.
“Bila ana tanya, ok ke kalau Mat Sabu yang jadi pemangku?. Mereka tak setuju pulak. Ada yang kata, habis PAS jadi syiah.
“Habis tu kalau Presiden letak jawatan, bukan Timbalan yang pangku?,” soalnya.
Tambah blogger PAS itu terdapat juga pendapat yang mahu Datuk Kamaruddin Jaafar, rakan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan menjadi Presiden PAS
“Ada yang kata, calon paling layak adalah Kamaruddin Jaafar. Layak ikut aturan apa?
“Masalah juga kita ni. Tak ada orang nak ganti. Cakap memang senang,” katanya lagi.
Blog penyokongpas membuat kenyataan itu sebagai mengulas laporan The Malaysian Insider yang menyebut terdapat satu usaha untuk memujuk Hadi sebagai Presiden PAS.
“Ini tulisan dalam The Malaysian Insider. Bila ana cek dengan rakan-rakan pimpinan, mereka pun beri pandangan sama,”kata blog penyokongpas yang turut menyertakan petikan laporan portal itu seperti di bawah :
Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti Islam itu, kata sumber.
Mereka memberitahu The Malaysian Insider jika Hadi bersetuju, parti Islam itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu.
Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.
Difahamkan selepas pulang dari Turki, Hadi sukar untuk mengawal kemarahannya dan beberapa insiden memalukan berlaku seperti memarahi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjunginya di Terengganu semasa kemelut menteri besar Selangor.
“Presiden banyak berubah selepas masuk hospital di Turki dan seringkali membuat keputusan secara bersendirian. Mungkin sudah sampai masa untuk beliau berundur,” kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.
Selepas mengeluarkan pendirian berbeza berulang kali dengan pemimpin PR, Hadi tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.
Renungan dari Ks: adakah layak mat sabu menjadi memimpin ulamak pas?
No comments:
Post a Comment