Betapa busuknya hati Kiasu DAP terhadap Melayu, perkara ini dinyatakan secara tersirat susulan pembelian lot tanah di kota London oleh Felda. Walaupun cerita ini agak lama namun suka K.S kongsikan melalui artikel yang telah dikeluarkan pada tahun 2013 yang lalu untuk kita fikirkan rasionalnya kita menolak DAP.
Jesteru itu sewajarnya pengembangan pemilikan hartanah oleh orang Melayu yang dikuasai oleh kerajaan seharusnya diperkembangkan seluasnya diluar negara.
Adakah orang Melayu dapat membaca apa yang tersirat disebalik yang tersurat dari kecaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP terhadap langkah FELDA membeli hotel RM 500 juta di London yang didakwanya melebihi RM100 juta dari harga pasaran.
Pada pandangan Guan Eng, FELDA sepatut menumpukan perniagaannya hanya di bidang yang berkaitan dengan pertanian sahaja. Pendapat ini mendedahkan bagitu rendah dan hinanya persepsi Guan Eng terhadap orang Melayu dan organisasi Melayu. Mereka hanya layak kekal sebagai petani, nelayan, dan perkerja kampongan .
Mereka tidak boleh menyertai perniagaan antarabangsa. Menurut Malay Mail 5 November 2013, Guang Eng mahukan Pengerusi Felda Tan Sri Isa menjelaskan kepada lebih 1 juta peneroka Felda terhadap keputusan untuk membelanjakan hampir RM600 juta bagi membeli dua hotel di London dan RM 110 juta lagi untuk membeli 25 peratus dari saham Iris Corp.
Kata Guan Eng, FELDA sepatutnya mengembangkan modalnya hanya kepada bidang yang berkaitan dengan perniagaan pertanian sahaja.
Kenapa beliau tidak membangkitkan perihal kerajaan menjadi penyokong dan penjamin kepada beberapa syarikat gergasi kepunyaan individu Cina dalam pembelian harta berbillion ringgit di London?
Tidak ada individu Melayu yang mampu untuk memasuki pasaran hartatanah yang berharga tinggi secara besendiran di London kecuali menerusi organisasi ,perbadanan atau institusi kewangan yang dikuasai oleh orang Melayu tetapi ramai bukan Melayu terutama orang Cina yang dapat berbuat demikian.
Jika perbuatan ini tidak salah dilakukan oleh individu Cina maka kenapa jika para petani dan nelayan Melayu yang mengambil masa berpuluh tahun membina kekuatan kewangan dengan titek peluh mereka dianggap bersalah membeli harta di London dan memasuki pasaran London.
Tidaklah seharusnya Guan Eng mencari sokongan orang Melayu dengan fitnah murahan iaitu penyalahgunaan wang untuk menimbulkan prasangka buruk di kalangan peneroka FELDA dan juga orang Melayu.
Teguran Guan Eng tidak bersifat ikhlas sebaliknya lebih merupakan persepsinya yang melihat orang Melayu sampai bila bila pun hanya layak sekadarkan untuk menjadi petani , nelayan dan pekerja kampong atau sekadarkan mampu menjalankan perniagaan kecil kecilan sahaja. Bagi Guan Eng orang Melayu tidak layak untuk mempunyai hotel di London atau memiliki saham di pasaran luar negara. Hanya orang Cina yang layak dan sah untuk berbuat demikian.Pandangan yang bersifat perkauman dan prajudis.
No comments:
Post a Comment