Thursday, December 4, 2014

Militan IS malaysia


Kegiatan kumpulan militan IS yang kononnya berjuang untuk mempertahankan kesucian agama Islam adalah bertentangan dengan konsep jihad mengikut syariat Islam sebenar.

Dengan pembunuhan orang awam secara berleluasa adalah contoh paling jelas menunjukkan aktiviti 'jihad' yang dilakukan kumpulan militan itu bertentangan dengan Islam.

Justeru, mengingatkan umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh dengan pujukan untuk berjihad bersama kumpulan militan itu di Syria.

"Ada yang sudah terkeliru dengan aktiviti jihad IS kerana kumpulan militan itu menggunakan ayat Al-Quran, hadis dan sirah Nabi untuk menarik umat Islam menyertai mereka.penyelewengan 'jihad' IS yang lain termasuklah menahan dan membunuh tanpa belas kasihan orang asing seperti wartawan, diplomat dan sukarelawan misi kemanusiaan di Syria, di samping mengeksploitasi kaum wanita dengan cara merekrut mereka.

"Kononnya untuk berjihad, sedangkan apa berlaku di sana kita tidak tahu. Ini seperti melakukan eksploitasi ke atas wanita dan orang yang tidak memahami tentang agama.

K.S  Ingin  menegaskan tindakan itu sememangnya jelas sesat daripada landasan Islam sebenar seperti di dalam Al-Quran.

 'jihad' IS menyasarkan sesiapa sahaja yang tidak menerima ideologi dan fahaman perjuangan kumpulan militan itu.

"Walaupun mereka mendakwa hendak menubuhkan Daulah Islamiah ... tetapi apabila kita tengok balik aktiviti IS, ia tidak kena satu pun dalam Al-Quran dan sirah...ini dah sesat.

umat Islam diminta supaya memahami dengan jelas konsep jihad seperti yang digariskan dalam syariat Islam sebenar yang merangkumi syarat-syarat dan etika tertentu.

"Konsep jihad ini bersifat syumul. Apabila bercakap tentang jihad di medan perang, (umat Islam kena tahu) syarat perlu jelas dari segi musuh kita, (kena) minta izin dengan pemimpin kerana jihad mesti dilaksanakan oleh pemimpin dan bukannya individu.

"Selain itu, anak-anak kena ada izin ibu bapa, (selain) kena fikir adakah cukup persediaan sama ada hutang sudah dilangsaikan ataupun belum, termasuk memastikan keluarga berada dalam keadaan selamat.

K.S menyeru mereka yang memahami penyelewengan IS supaya memberi penjelasan berterusan kepada masyarakat sebagai usaha memerangi ancaman kumpulan militan itu di negara ini.

Selain itu sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti IS yang berlaku dalam negara ini perlu berani tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

Ibu bapa perlu mengawasi tindakan anak-anak mereka kerana usaha memerangi IS kena dilakukan secara komprehensif, tidak boleh hanya dilakukan oleh polis... ia memerlukan penglibatan semua anggota masyarakat.


No comments:

Post a Comment