Gerakan dan DAP seakan sealiran mengkritik ucapan yang dibuat oleh Datuk Dr Mashitah di Perhimpunan Agong UMNO baru baru ini, kedua parti ini seakan tercucuk duri lalang melompat kesakitan mendengar isi dan inti pati ucapan yang dibuat.
Sebagaimana kita ketahui, sebarang kritikan yang dibuat kepada DAP yang berfahaman komunis pastinya akan mendapat kritikan balas dari mereka. Ketakutan mereka amat jelas apabila sesuatu isu yang melibatkan kepentingan Agama Islam dibela sepenuhnya oleh orang yang sedar tentang penghinaan yang dilakukan. Tindakan Datuk Dr Mashitah didalam ucapannya adalah bertepatan sekali dimana sekarang ini penghnaan terhadap Islam dilakukan tanpa ada yang membelanya.
Jika kita imbas semula , kita dapati segala arah tujuan demi kebaikan Islam didalam negara ini, jika dibela , DAP serta sekutunya akan melenting. Mereka mahu Islam itu dibiarkan ranap dengan agenda yang mereka rancang sejak dahulu lagi. Perkiraan mereka pada kali ini adalah tersasar jauh bila mana ada diantara orang Islam kini telah berani memperjuangkan yang hak dan bukan lagi mendiamkan diri.
Masihkah kita ingat bagaimana, tulisan jawi dipapan papan tanda di Pulau Pinang telah dihapuskan sama sekali dan mengantikan dengan bahasa Cina. Azan yang dulunya berkumandang diwaktu subuh kini hanya bisikan sahaja di sana. Puak puak ini beranggapan Islam bukan lagi status Agama rasmi didalam negara ini. Bahasa melayu pun sedang cuba dijadikan bahasa perantaran kedua bagi warganegara Malaysia.
Jika beginilah caranya kepercayaan agama dan hak warga Islam dilayan, lebih baik Lim Kit Siang sebagai Penasihat DAP bubarkan sahaja Parti yang tidak melambangkan semangat nasionalis serta tidak menghormati perlembagaan negara dan hidup pelbagai kaum dan fahaman didalam negara ini.
Barisan Nasional sepatutnya menuntut supaya DAP segera berpatah balik kepada politik yang matang daripada melakukan perubahan dasar yang sangat bahaya ini dengan segera bagi mengelakkan daripada terjerumus ke satu keadaan dimana hilangnya toleransi terhadap orang Islam kepada bukan Islam. Sikap bongkak dan tidak toleransi ini akan membawa keburukan kepada perpaduan nasional, menjejaskan integrasi nasional, merosakkan hubungan kaum dan menggugat keharmonian agama.
Barisan Nasional terutama UMNO menghargai sokongan kumpulan-kumpulan Muslim yang turut sama terkejut dengan dasar berbahaya DAP . UMNO secara jelas menentang justifikasi bahaya DAP dengan mengingatkan bahawa Al-Quran dan Islam tidak menyuruh membakar kitab suci agama bukan Islam dan Islam menghormati penganut agama lain dengan dasar bertolak ansur sesame kaum. Mengapa DAP perlu melatah dengan intipati ucapan Datuk Dr Mashitah yang mana berucap untuk orang Islam didalam persidangan UMNO baru baru ini? Ketakutan apakah mereka ini?
Adakah DAP dan sekutunya berani untuk menjelaskan keputusan dasar baru DAP ini bersama penganut Kristian dan kumpulan agama lain yang begitu teruja untuk meyerang apa juga pandangan dan perkembangan yang dibuat untuk orang Islam dalam negara ini. Apakah mereka lupa bahawa kontrak sosial yang dipersetujui adalah janji jani kesefahaman yang menjadikan mereka sebagai warganegara yang sah di Malaysia.
Kita sekarang amat faham bahawa, DAP dan sekutunya cukup tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri berhubung Isu mengekalkan Akta Hasutan yang mana telah meyebabkan segala perancangan mereka gagal untuk mempertikaikan empat perkara yang dilindungi oleh perlembagaan dibahaskan secara terbuka.
Justeru itu mereka sekarang sedang cuba mengaitkan setiap isu yang berkaitan kepentingan dan membicarakan kepentingan Agama Islam oleh orang Islam di bawah Akta Hasutan yang mana dikatakan menghasut dan memberikan impak yang besar kepada mereka dan negara jika sesuatu perkara memajukan Islam itu dibuat. Secara tidak langsung mereka akan menggunakan hak hak asasi dan kesamarataan untuk melindungi agenda mereka yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment