Pulau Pinang sebuah negeri yang penduduknya majoriti dari kaum Cina kini dikaitkan dengan permasalahan pusat perjudian dan juga aktiviti tidak bermoral yang lain.
Kini industri seks di Pulau Pinang juga dilihat semakin pesat membangun dengan jumlah peningkatan ‘pekerja seks’ yang ketara berbanding dengan tahun lepas.
Hal ini telah didedahkan oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Basri Othman. Basri dalam satu kenyataan sebelum ini berkata jumlah pelacur yang memasuki pulau itu telah meningkat dengan agak ketara dari tahun lepas.
“Kebanyakan warga asing yang masuk ke negara Malaysia hanya menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar , namun disebalik pas itu, mereka akan bekerja di tempat-tempat seperti kelab malam, pusat karaoke, hotel dan juga rumah urut. Banyak kumpulan-kumpulan haram terlibat dalam perdagangan seks ini,” ujar beliau
Menurut Basri lagi, banyak kedai-kedai yang terlibat dalam industri itu telah diubah suai ‘khas’dimana akan ada laluan rahsia ataupun laluan tikus untuk mengelakkan pelacur ditangkap dan juga untuk membolehkan para pelanggan terselamat daripada serbuan sewaktu mereka keluar masuk premis berkenaan.
Terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks di Pulau Pinang .Antara yang di dedahkan adalah di Upper Penang Road, Chulia Street, Muntri Street, Love Lane dan Batu Feringgi.
Selain itu, pelacur kelas atasan yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral di negeri ini diterbangkan khas dari Vietnam, Filipina, Thailand dan China. Permintaan gadis keempat-empat negara itu menduduki rangking teratas permintaan dari pelanggan.
Salah seorang ‘tauke’ dan bapa ayam , Dung (bukan nama sebenar) , yang merupakan salah seornag penjaga sekumpulan pelacur berkata dia akan membawa beberapa gadis Vietnam ke Pulau Pinang pada setiap enam bulan.
“Untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan saya, saya juga turut menghantar mereka ke kelas kursus-kursus bahasa supaya mereka dapat berkomunikasi dengan lebih baik sebelum diberikan kepada pelanggan,” kata Cik Dung.
Dung juga mengecaj di antara RM200 hingga RM1,600 untuk satu sesi ,ia hanya untuk gadis Vietnam . Hal ini disebabkan gadis-gadis Vietnam sangat ‘digemari’ dan pandai melayan pelanggan.
Basri dalam pada itu sempat menambah dengan berkata mereka yang bersalah akan didakwa di bawah Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya. – Utaranews.
No comments:
Post a Comment