istilah ‘Islam Liberal’ yang kita maksudkan disini adalah “Pemikiran Islam Liberal” yang merupakan satu aliran berfikir baru di kalangan umat Islam. Pemikiran Islam liberal juga memanfaatkan dan mendapatkan modal murah dari radikalisme yang terjadi pada sebahagian kaum Muslim. Reaksi mereka bukan hanya tertumpu kepada golongan radikal dari kalangan kaum Muslimin semata-mata, namun kepada Islam dan sumber-sumber Islam yang telah disalah anggap sebagai sumber radikalisme oleh mereka.
Kemudian perkara yang kedua yang kita perlu jelaskan juga adalah, pemikiran Islam liberal ini tidak termasuk dalam mazhab Islam. Mengapa? Kerana mazhab-mazhab dalam Islam tetap merujuk pada induk yang sama, yang disepakati, yang satu, yang mapan, yang dipersetujui oleh seluruh umat Islam dari dahulu sehingga kini, di berbagai negeri dan lokaliti.
Adapun pemikiran Islam liberal, ia adalah suatu pemikiran yang berupaya membebaskan dan ‘meliberalkan’ umat Islam dari Islam yang satu, yang disepakati, dan Islam yang sudah mapan (established) itu. Secara ringkasnya pemikiran Islam liberal tidak dapat dikatakan sebagai mazhab Islam kerana pemikiran ini bertujuan ‘meliberalkan’ dan merongkai takrif Islam yang telah dipersetujui oleh seluruh umat Islam tadi.
Natijah dari penjelasan pertama dan kedua di atas, maka lahirlah penjelasan ketiga yang perlu kita nyatakan juga, iaitu bahawa pada hakikatnya pemikiran lslam liberal bukan pemikiran Islam yang sebenarnya, malah lebih tepat untuk dikatakan bahawa pemikiran Islam liberal adalah pemikiran liberal yang ditujukan kepada Islam.
Secara jelasnya sekarang PKR sedang mengorak langkah dan membawa keseluruhan penyokong mereka kearah Islam liberal yang mana memudahkan segalanya mengikut perkembagan semasa. Baru baru ini PKR dan PAS telah melakukan bacaan doa, dan berjumpa Paderi Kristian serta beberapa aktiviti untuk orang Melayu telah dijalankan di Holy Church di Kajang.
Ini adalah cara dan kaedah dilakukan oleh agenda barat dengan menggunakan proksi mereka untuk meliberalkan pemikiran orang Islam di Malaysia. Mereka beranggaan bahawa dimana mana sahaja mereka boleh melakukan gerakan keagamaan tanpa mempedulikan hal hal yang berkaitan hukum.
Dengan sebab itu, pada satu ketika dahulu mereka memperjuangkan bahawa Allah adalah untuk semua bukan untuk umat Islam sahaja. Penggunaan gereja didalam aktiviti Islam didalamnya seakan sudah tiada lagi Masjid , dewan serbaguna di Malaysia ini, Penggunaan paderi kristian didalam memberikan bantuan adalah bertujuan untuk membelakangkan peranan pusat zakat yang dikendalikan oleh orang Islam.
Cara begini dengan tidak secara langsungnya akan memperlihatkan kelemahan Islam itu sendiri disamping akan menarik lebih ramai lagi orang Melayu Islam keaarah permurtadan.
Ini lah agenda mereka yang terbesar dan yang sebenarnya. Jika perkara ini dapat dilaksanakan. Maka berakhir lah satu tamadun Islam yang kita jaga selama ini di Malaysia dan Malaysia akan beralih kepada sebuah negara yang tiada kerahmatan Allah sampai bila bila.
No comments:
Post a Comment