Wednesday, December 3, 2014

agenda pas bukan demi islam,agenda pas demi wang besarkan perut.!!


SESUNGGUNYA PAS MENGHANCURKAN MARTABAT MELAYU DAN ISLAM KERANA……… 

· PAS melihat orang Melayu sebagai bangsa ortodoks yang berpegang penuh kepada kepercayaan, adat, dan agama, tanpa mengambil kira soal pembangunan dan kemajuan negara

·PAS menggadaikan bangsa Melayu demi kepentingan politik dengan bersetuju melantik PM dari kalangan kaum Cina

.PAS tidak pernah membela nasib orang Melayu di zaman penjajahan British, menentang Malayan Union apalagi menuntut kemerdekaan

·PAS tidak pernah peka kepada kemelaratan kehidupan masyarakat Melayu di Kelantan

·PAS gagal memperkenalkan dasar untuk menghapus kemiskinan di Kelantan sebaliknya berpayung kepada Kerajaan Pusat

.PAS membohongi perjuangan partinya apabila gagal melaksanakan Hukum HUDUD di Kelantan, sebaliknya menyalahkan kerajaan pusat kononnya menyekat PAS menggubal undang-undang HUDUD di negeri itu

·PAS gagal membawa perubahan Sistem pendidikan Agama di Kelantan sehingga menyebabkan ia berpecah-belah dan akhinya diambilalih oleh kerajaan pusat

·PAS tidak melayan baik para imam di Kelantan hingga menyebabkan para imam tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan Kelantan

·PAS sengaja memperjudikan nasib orang-orang Melayu kepada bangsa-bangsa asing dengan bersekongkol dalam Barisan Alternatif untuk memberi peluang bangsa asing menjajah ekonomi negara menerusi IMF

·PAS memutarbelitkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith semata-mata untuk melindungi kepentingan politiknya

·PAS melindungi SHAHNON AHMAD (penulis sastera lucah, picisan dan menghina Islam dengan kononnya Allah menyuruh umat Islam mencarut sesama sendiri

·PAS tidak mengkaji Al-Quran dan Hadith dengan mendalam sebaliknya mengeluarkan fatwa untuk menghasut orang Islam supaya membenci kerajaan dan mengelirukan akidah ummah

·PAS berjuang bukan di atas nama Islam tetapi atas kepentingan peribadi dan perjuangan partinya

·PAS telah sebebas-bebasnya menyelewengkan nama Allah dan Rasul semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan mengelirukan akidah ummat Islam

·PAS sanggup berkompromi dengan orang-orang bukan Islam dan membuka keahlian parti kepada orang bukan Islam. PAS telah menghina dasar perjuangan Dr. Burhanuddin al-Helmy, Pengasas PAS yang berhasrat untuk menegakkan perjuangan Islam

·PAS lebih rela melihat umat Islam, terutamanya orang Melayu berpecah-belah dan bercerai-berai semata-mata mahu menegakkan ideologi politik mereka

·PAS gagal menyelesaikan masalah wanita dalam kes cerai dan hak harta-benda di Mahkamah Syariah di Kelantan

·PAS melindungi ahlinya, Mohd Sabu yang dituduh berkhalwat dengan seorang wanita

·PAS melindungi kepentingan kroni-kroninya mendapatkan hak pembalakan di Kelantan menerusi kaedah pemberian tender yang tidak mengikut prosedur kerajaan

·PAS lebih mementingkan individu daripada kepentingan Islam dalam berpolitik

·PAS tidak mampu mewujudkan wawasan ekonomi Kelantan semasa memerintah negeri itu

·PAS bertanggungjawab membiarkan gejala sosial di kalangan remaja di Kelantan semakin berluasa

·PAS gagal membendung masalah pengangguran di Kelantan yang merebak di beberapa buah negeri lain

·PAS menabur fitnah, hasad dengki di kalangan umat Islam dan menghalalkan perbuatan mencaci agama dan merosakkan akidah umat Islam

·PAS tidak pernah memperjuangkan kebebasan Palestin, Bosnia

·PAS menggadaikan maruah agama Islam dengan menghalalkan hubungan dengan syaitan (DAP dan KeAdilan?) untuk memenangi pilihanraya

·PAS menghina agama Islam dengan menghalalkan umat Islam memasuki syurga yang dijaminnya sendiri sekiranya menganggotai PAS, sebagaimana tertera pada borang keanggotaan PAS

·PAS melindungi Dr. Hassan Ali yang menjamin ‘syurga kepada sesiapa yang memasuki PAS’ pada suatu ceramahnya

·PAS menghina agama Islam apabila Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa mengatakan suara wanita tidak dikira aurat sekiranya berjuang pada keadilan dan politik

·PAS gagal membawa sistem pentadbiran Islam di Kelantan

·PAS menghalalkan perniagaan ternakan babi di suatu kawasan di Kelantan

·PAS melantik ulamak-ulamak bertopengkan agama semata-mata untuk menjaga kepentingan politik partinya 

KEMUNGKARAN PAS DALAM PERJUANGAN AGAMA ISLAM DISIFATKAN SEBAGAI SUATU KECELAKAAN KEPADA KONSEP PEMBENTUKAN KEKUATAN UMMAH DI NEGARA INI. PAS SEKALI LAGI MENIPU RAKYAT DAN AGAMA ISLAMNYA DENGAN MENGELUARKAN FATWA-FATWA YANG MEMIHAK KEPADA DASAR PERJUANGAN PARTI ITU. 

HINDARI MENGUNDI PAS. SELAMATKAN AGAMA ISLAM DARI TERUS DIROBEK DAN DIHANCURKAN OLEH ‘ULAMAK-ULAMAK’ YANG BERJIHAD UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI DAN PARTI.

No comments:

Post a Comment