Saturday, July 5, 2014

wabak J.E


ISU wabak J.E yang menghantui negara lebih sedekad lalu yang meragut 105 nyawa berulang kembali. Kali ni berlaku di Pulau Pinang... tapi kerajaan negeri mereka pandai dalam segala hal jadi tak perlulah nak ulas panjang. Cuma mungkin elok rasanya bagi negeri2 yang BN kuasai mula kuatkuasakan kawalan lebih tegas ke atas ladang2 ternakan babi yang kebanyakannya tidak sistematik ini. Setakat yang admin tahu,eksport babi telah dihentikan sejak tahun 2000 tetapi penggunaan dalam negara telah meningkat berkali ganda. Malahan rekod pada tahun 2013 menunjukkan ternakan babi mencecah jumlah 1,816,661 ekor berbanding lembu yang hanya berjumlah 751,781 ekor dan membawa pulangan urusniaga sekitar RM2 billion.



Sudah sampai masanya industri ini diberi lebih 'perhatian' dari kerajaan2 negeri BN. Serangan J.E di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan lebih sedekad lalu sepatutnya telah membuka mata kita bahawa ternakan babi sememangnya berbahaya dan mengancam nyawa manusia jika tidak diurus dengan cara yang lebih sistematik. Sistem ternakan yg lebih moden dan tertutup mesti diwajibkan bagi menjamin tidak wujud pencemaran bau, masalah air kumbahan dan isu2 masalah dengan masyarakat setempat. Jangan lagi berlembut dengan segala rayuan dan tuntutan pampasan dari penternak2 babi ini kerana nyawa penduduk setempat malahan nyawa mereka sendiri juga yang jadi taruhan. Adakah kita benar2 mahu menunggu tragedi di Bukit Pelandok berulang dengan jumlah kematian yang lebih dahsyat barulah mahu bertindak ? Sebegitu kecilkah nilai nyawa rakyat dimata kerajaan ? Buktikanlah bahawa kerajaan BN sememangnya Juara Rakyat.

wabak J.E yang melanda Bukit Pelandok akhirnya diisytiharkan sebagai virus baru dikenali sebagai Virus Nipah kerana ia dijangkiti secara terus daripada babi kepada manusia dan mengakibatkan pembunuhan lebih 1 juta ekor babi dengan kerugian bernilai hampir RM1 bilion. Wabak tersebut menjangkiti kira2 265 orang,meragut nyawa 105 penduduk tempatan dan kemudian merebak ke Singapura. Virus ini hanya dikenalpasti setelah autopsi dijalankan pada 30 mayat mangsa dan barulah pencarian vaksin dilakukan.

No comments:

Post a Comment