Penemuan oleh Michael Cremo, seorang pengkaji arkeologi barat telah membawanya kepada klu-klu bahawa sejarah ketamadunan manusia yang terkandung di dalam buku-buku mahupun jurnal-jurnal sejarah di serata dunia umpama 'jigsaw puzzle' yang masih belum lengkap. Beliau merumuskan, disamping usia bumi yang menjangkau 4 billion terdapat kitaran 4 billion era di mana peradaban datang dan pergi.
Pada Jun 1936, ketika Max Hahn bersama isterinya Emma bersiar-siar di pinggir air terjun di London, di dalam Wilayah Texas mereka telah ternampak seketul batu aneh dengan sebatang kayu terkeluar dari terasnya. Batu aneh itu kemudiannya dibawa pulang oleh pasangan itu sebelum dipecahkan dengan menggunakan penukul dan pahat batu. Apa yang ditemui sebaik sahaja batu aneh tadi dipecahkan telah memeranjatkan komuniti saintis dan arkeologi. Tertanam di dalam batu itu adalah sejenis tukul kuno buatan tangan yang patah hulunya.
Sepasukan arkeologis telah menganalisa penemuan itu dan mentarikhkannya merekodkan batu yang mengandungi tukul kuno itu berusia 400 juta tahun sementara tukul kono itu dianggarkan berusia sekitar 500 juta tahun. Bahagian hulu kayu yang patah pada tukul itu sendiri telah mengalami perubahan menjadi arang batu. Bahagian tukul kuno tersebut dibuat dengan menggunakan 96% besi tulin yang mustahil dibuat tanpa teknologi relau moden. Persoalannya apakah telah ada teknologi perleburan besi pada 500 juta tahun yang lampau?
★★★★
Nampa, dalam wilayah Idaho, ketika sepasukan pekerja sedang melakukan proses 'boring' untuk membuat telaga artisan, sebuah figur kecil yang diperbuat dari seramik yang berkeadaan baik telah diekstrak pada kedalaman 320 kaki bersama-sama keladak dan partikal lumpur dari lubang telaga itu. Untuk mencapai kedalaman sebegitu, pekerja-pekerja tersebut terpaksa mengerudi lapisan lava basalt dan strata yang berukuran 15 kaki tebal yang dikelasifikasilan berusia sekitar 15 juta tahun.
Apa yang kita ketahui arang batu terhasil dari proses pereputan dan pemendapan tumbuh-tumbuhan dan haiwan dengan lapisan-lapisan sedimen seperti lapisan basalt dan strata hasil dari proses volkanik berjuta tahun dahulu. Saintis dan pakar geologi hari ini sependapat proses pembentukan arang batu ini mengambil masa sehingga 400 juta tahun. Jadi secara logiknya, apa sahaja yang diekstrak bersama lapisan arang batu tadi mungkin tertanam di situ sejak 400 juta tahun yang lampau.
★★★★
Pada 1944, Newton Anderson seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menjatuhkan seketul arang batu ke lantai bilik bawah rumahnya secara tidak sengaja dan menjumpai loceng buatan tangan yang diperbuat dari aloi dengan anak loceng dan pemegang berukiran aneh dari besi.
Setelah analisa dilakukan, sekali lagi para pengkaji sejarah dikejutkan dengan keputusan analisa tersebut. Loceng tersebut telah dibuat dengan campuran logam yang di luar kebiasaan sebagaimana teknologi campuran logam bagi pembuatan aloi zaman moden. Arang batu tersebut dianggarkan berusia 300 juta tahun. Jadi berapakah usia loceng misteri yang dijumpai di dalam arang batu tersebut?
Siapa makhluk ciptaan Allah SWT sebelum Adam a.s. dan isterinya Siti Hawa? Namun kita sebagai umat Islam tidak perlu merasa pelik kerana segalanya telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam firman:
"Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya'. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 29-30)
Siapa yang dimaksudkan oleh para malaikat 'Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan)?' Masihkah manusia mahu mengulangi apa yang diperkatakan oleh para malaikat tentang makhluk yang 'membuat bencana dan menumpahkan darah' itu? Kalian fikirkan sendiri. Tepuklah qalbu tanyalah iman berfikirlah bersandarkan ilmu kurniaan Allah SWT.

No comments:
Post a Comment