Saturday, July 26, 2014

Hackers Palestin berjaya menembusi laman Google Israel dan memasukkan gambar Al Qassam serta gambar tentera Zionis yang kini berada dalam tawanan Al Qassam.




Hackers Palestin berjaya menembusi laman Google Israel dan memasukkan gambar Al Qassam serta gambar tentera Zionis yang kini berada dalam tawanan Al Qassam.

Balasan yang dilakukan oleh Zionis...


Tadika juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa bedilan meriam daratt tentera penjajah Israel di Timur Hayyu Syujaiyyah.

Menurut Akhbar Yahudi; Yedioth Ahronoth, Kabinet Israel memutuskan bagi melanjutkan tempoh bertenang selama 12 jam lagi namun usaha memusnahkan terowong berjalan seperti biasa.

Dalam pada itu operasi pejuang Palestin masih berlum berhenti, semenjak jam 8 malam waktu tamat tempoh bertenang 12 jam yang disepakati sebelum ini, para pejuang telah melancarkan 23 roket menuju ke kawasan tanah Israe(yang terjajah).

Seorang tentera penjajah dilaporkan cedera dan kritikal di Ashkelon selepas terkena bedilan roket pejuang.

Gaza 1:09 AM | Malaysia 6:09 AM
Perang Hari ke-21

00:10 Briged Izzuddin Al-Qassam dilaporkan membedil lokasi tentera penjajah Israel di Timur Hayyu Syujaiyyah, Timur Gaza dengan 3 roket jenis 107.

Gaza 12:49 AM | Malaysia 5:49 AM
Perang Hari ke-21

Seorang penduduk Israel cedera selepas bedilan roket serangan balas pejuang Palestin menghentam kawasan Sha'ar HaNegev.

Gaza 11:40 PM
Perang Hari ke-20


Tentera Turki sebagai Pengiring

middleeastmonitor.com 

Khamis 24/7 Pengerusi IHH Bulent Yildrim berkata; Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) kini dalam rancangan menganjurkan "Freedom Flotilla II" yang akan membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang terkepung.."

Dalam kenyataan kepada Gulf Online, Yildrim berkata organisasinya telah mula mengkaji prosedur undang-undang dan kertas kerja yang diperlukan untuk mendapatkan permit bagi perjalanan misi ini. Sebaik sahaja permit akhir dikeluarkan, IHH bersama-sama dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang lain akan segera melancarkan konvoi tersebut. 

Pengerusi IHH, yang juga merupakan penganjur utama Gaza Freedom Flotilla I, berkata, buat kali ini tentera Turki akan turut terlibat mengiringi kapal laut untuk melindunginya dari sebarang bentuk serangan, beliau menuntut kerajaan(Turki) untuk memberi perlindungan kepada mereka sebagai warga Turki. 

Maze Keheil, Presiden "European Campaign for Lifting the Siege on Gaza", juga turut mengesahkan hasratnya untuk menyertai misi kali ini selepas menyertai kempen yang pertama pada tahun 2010.

Briged Al-Nasser Salah al-Deen sebentar tadi melancarkan 2 buah roket jenis Grad ke Be'er Sheva di Timur Gaza Selatan Israe(tanah terjajah)

Gaza 10:57 PM
Perang Hari ke-20

Hamas menafikan khabar angin yang menyebut bahawa gerakan itu bersetuju untuk melanjutkan tempoh bertenang ke 4 jam seterusnya.

Hamas menerusi jurucakapnya Dr Sami Abu Zuhri berkata tiada apa-apa persetujuan antara kedua belah pihak untuk melanjutkan tempoh bertenang 12 jam ke 16 jam, kami berpegang seperti yang disepakati iaitu 12 jam dan tidak lebih.

Di bandar Israel ketika ini menyaksikan berpuluh-pulh lagi roket serangan balas pejuang Palestin menghujani Israel sebaik sahaja tempoh bertenang tamat. 

Serangan balas ini menunjukkan tekad para pejuang Palestin yang ingin menekan penjajah Israel supaya menerima 10 tuntutan mereka untuk membangun sebuah wilayah Gaza dan hak rakyat Palestin yang berdaulat.

Gaza 10:29 PM Sabtu 26/7/2014
Perang Hari ke-20

No comments:

Post a Comment