Saturday, July 5, 2014

PKR, parti 'Cina Buta' sahaja nampaknya...

Jika orang ramai yang bernasib baik kehidupan, mereka akan merayakan Aidilfitri dengan riang gembira setelah berpuasa sebulan lamanya di bulan Ramadan. Bagi Khalid Ibrahim, MB Selangor beliau rasanya tidak akan beraya seperti rakyat yang lain kerana beliau dikatakan akan bersara secara paksa oleh ramai pemimpin partinya.

Secara sistematik Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk memaksa Khalid meletakkan jawatan dengan menggunakan kaedah ‘baling batu sembunyi tangan’. Sememangnya Anwar tidak begitu gemar dengan cara Khalid mengendalikan kerajaan Selangor walaupun Khalid merupakan ‘testimonial’ besar dalam pilihanraya umum yang lepas. Tetapi begitulah politik dalam PKR kerana mereka bukannya tertubuh dengan perjuangan yang telus, hanya tertubuh kerana Anwar di pecat dari UMNO itu pada tahun 1998 yang lalu kerana sebab yang semua maklum.

Dalam politik tiada kawan yang berkekalan dan tiada musuh yang kekal. Dalam politik berkuasa yang kekal hanyalah perasaan cemburu dan perasaan amarah terhadap orang yang kita anggap merentasi dan menjadi penghalang kepada kemahuan mana-mana individu. Politik itu ‘is all about personal greed, anger and foolishness’. Tidak ada untuk melaksanakan apa yang dijanjikan atau kemahuan ramai.

Yang menyebabkan kekusutan dalam PKR Selangor ini hanya kerana perebutan kuasa yang sedang berlaku tanpa ada batasannya. Khalid yang dikatakan seorang MB yang baik malahan yang terbaik dalam negara ini suatu ketika yang tidak lama dahulu kini menjadi seorang MB yang mendapat tekanan, bukannya dari rakyat tetapi rakan seperjuangan sendiri sahaja. Kekuatan dan ketelusan Khalid mentadbir Selangor itu membuatkan Khalid menghadapi masalah kerana ia akan menjadikan beberapa orang yang berkepentingan dalam PKR itu susah untuk mengambil alih jawatan Khalid itu.

Maka keluarlah semua cerita dan propaganda yang tidak baik terhadap beliau, dari isu bekalan air bersih sehingga isu Lebuhraya Kiddex dan banyak yang lain. Apa yang tidak disukai oleh setengah pihak itu dijadikan isu 'criminal' terhadap Khalid. Mereka belum lagi tahu samada mengalih dan menganjak Khalid itu perkara yang mudah dilakukan.

Sesungguhnya isu ini sudah bermula sebaik pilihanraya umum lalu kerana PR tidak berjaya mengambil alih Putrajaya. Maka wujud satu tindakan politik untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor bagi membolehkan ketua umum parti itu satu tempat eksekutif dan tempat itu hanyalah dengan menjadi MB Selangor.

Timbul tindakan ‘Kajang Move’ dengan memaksa pilihanraya kecil Kajang yang sepatutnya di tandingi oleh Anwar. Tetapi oleh kerana masalah mahkamah yang dihadapi Anwar maka Wan Azizah telah dijadikan 'ayam tambatan' bagi ‘kajang move’ yang ramai dikatakan adalah perancangan Rafizi Ramli seorang yang telah lemas dengan publisiti yang hebat untuknya.

Tentunya ‘Kajang Move’ itu telah terbantut sedikit sebanyak kerana orang yang hendak ditonjolkan itu tidak dapat melunaskan keperluan undang-undang untuk dijadikan calon bagi kawasan dewan undangan negeri itu.

Kini tinggal Azmin Ali dan mungkin Wan Azizah akan menjadi Menteri Besar untuk Selangor jika alasan untuk mengenepikan Khalid Ibrahim itu berjaya ditemui.

Apa pun masalah yang dihadapi oleh Selangor ini tidak diselesaikan oleh Anwar dan Wan Azizah. PKR mempunyai dua orang yang mengetuainya yang terdiri dari pasangan suami isteri, TS Khalid yang rapat politiknya dengan Wan Azizah dan Azmin yang begitu hampir dengan Anwar tidak dapat menyelesaikan masalah PKR Selangor. Sepatutnya keadaan ini boleh diselesaikan dalam bilik tidur Anwar sahaja kerana kedua-dua Azmin dan Khalid ini mempunyai mentor yang berada dalam bilik tidur yang sama.

Tetapi ia tidak juga selesai kerana permainan politik ‘baling batu sembunyi tangan’ yang dimainkan oleh Anwar itu. Yang berbalah ialah pimpinan yang dibawah mereka (Anwar suami isteri) sehinggakan banyak perkara buruk dilambakkan dihadapan mata orang ramai.

Jika benar pandangan setengah pihak yang TS Khalid Ibrahim akan diketepikan selepas hari lebaran ini, tentunya Khalid dan ramai penyokong-penyokongnya tidak dapat menikmati kelazatan kemenangan bulan puasa ini di hari awal Syawal nanti.

Dalam keadaan ini jika masih ada dan kuat tindakan setengah pihak dalam PKR masih mahu mengenepikan TS Khalid ini, ia adalah permulaan kepada kejatuhan parti itu dalam politik tanahair dan ia tentunya akan memberi akibat kepada rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat itu.

Kita mesti akui yang Pakatan Rakyat bukannya mendapat sokongan dari kekuatan mereka sendiri, sebaliknya sokongan itu adalah disebabkan kelemahan UMNO dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional sahaja.

Mana-mana parti yang mendapat sokongan oleh kerana kelemahan parti lawan sahaja tidak akan kekal sokongan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh berpaut dari sokongan mereka yang hendak melepaskan geram terhadap BN sahaja.

PKR tidak boleh membiarkan parti itu diperlakukan sebagai ‘cina buta’ sahaja. Sokongan akan kembali kepada pihak yang telah mereka menceraikan talak tiga itu. Setelah berkahwin dengan Pakatan mereka kembali kepada pasangan yang asal setelah berkahwin dengan orang lain secara ‘Cina buta’ tadi.


Dalam isu Selangor ini tidak hairan jika rakyat Selangor mampu mencari pemimpin yang mampu diyakini oleh rakyat negeri terkaya dalam negara ini. Maka proses ‘cina buta’ tadi akan lengkap terlaksana di Selangor.

No comments:

Post a Comment