Mandalay – Beratus-ratus pelampau Buddha mengancam membunuh penduduk Islam ketika menunggang motosikal meronda di bandar raya kedua terbesar di Myanmar, sekali gus meningkatkan prospek keganasan agama seterusnya selepas dua maut dalam ketegangan awal minggu ini.
Kira-kira 300 penganut Buddha menunggang motosikal mengelilingi Mandalay kelmarin, ramai bersenjatakan pisau, belantan dan batang buluh.
“Kami akan membunuh semua orang Islam,” sebahagiannya menjerit ketika menunggang di jalan raya selepas menghadiri majlis pengebumian lelaki Buddha yang ditikam mati malam Rabu lalu.
Seorang lelaki Islam juga maut, dipukul sehingga mati Khamis lalu dalam perjalanan menunaikan solat subuh.
No comments:
Post a Comment