9Pencemaran adat di dalam adat melayu
Adat ialah aturan perbuatan diturut atau dilakukan sejak dahulu kala.
Adat juga dikenali sebagai kelakuan yang sudah menjadi kebiasaan atau amalan. Adat juga boleh dikatakan peraturan.
Kerana jika melanggar adat sesuatu keturunan itu tidak akan berkekalan. Adat mewujudkan gagasan kebudayaan yang terdiri atas nilai-nilai budaya, norma, hukum, dan aturan yang dipercayai oleh setiap manusia.
Adat bukan agama, akan tetapi adat adalah amalan bagi mengekalkan sesuatu budaya, generasi, bangsa dll. Bagi adat melayu Pepatah melayu berkata "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu.
Namun pada era globalisasi ini adat mula dilupai kerana ada yang berpendapat bahawa adat tidak perlu di ikuti lagi. Pada masa kini adat mula dilupai apabila manusia menganggap ianya satu perkara yang kolot, tidak penting, remeh, dan ianya tidak diperlukan apabila unsur-unsur luar mula memadam idealogi, kepercayaan dan budaya bagi sesebuah bangsa.
Sebagai contohnya adat melayu mempunyai pelbagai peraturan, kepercayaan namun apabila zaman berubah, zaman semakin moden adat tidak di ambil kira lagi. Contoh adat melayu yang tercemar pada masa kini seperti adat dalam perkahwinan.
Untuk berkahwin orang melayu haruslah merisik terlebih dahulu namun ada segelintir yang melanggar adat dengan terus bertunang atau ada juga yang terus dengan menikah tanpa ada majlis merisik, meminang, bertunang, akad nikah, berinai, dan perkawinan.
Pada masa kini masyarakat melayu ada yang menikah terus tanpa bertunang.
Contohnya ada berlakunya pernikahan di sempadan Thailand.
Ahli keluarga tidak mengetahui status perkahwinan.
Ada juga yang bersanding tanpa mengikut adat melayu seperti acara yang dilakukan tiada lagi khatam Al-Quran, marhaban dan dll sebelum bersanding.
Selain itu, ada juga masyarakat masa kini yang tidak langsung mengunakan lagi tepak sirih semasa meminang dan sebagainya. Kemajuan telah mengubah adat, dimana adat mula dilupai oleh generasi sekarang.
Perkara ini telah mencemarkan institusi sesebuah adat melayu yang terkenal dengan adat. Ada juga yang mengatakan bahawa adat melayu dicampur adukkan dengan adat ornag india seperti, bersanding semasa majlis perkahwinan dan berinai.
Ini juga ada yang berpendapat sebagai pencemaran yang berlaku didalam adat melayu.
Masyarakat Melayu menggalakkan kunjung-mengunjung di antara jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara. Ini telah menjadi sebahagian daripada budaya kita.
Semasa melawat ke rumah seseorang, pelawat biasanya menanggalkan kasut di depan pintu atau di panggal tangga. Jika dihidangkan jamuan adalah tidak elok ia menolaknya walaupun ia kenyang.
Ia hendaklah menjamah sedikit hidangan itu. Lawatan ke rumah orang Melayu tidak harus dilakukan pada waktu senja kerana ketika itu waktu sembahyang maghrib.
Pada masa kini manusia sudah tidak menghormati masa, seperti masa solat, atau waktu senja dimana pada waktu sedemikian kita tidak elok untuk mengziarahi ke rumag seseorang. Perkara ini menunjukkan wujudnya budaya yang tidak baik.
Seteru itu menyebabkan adanya pencemaran adat.
Seseorang yang duduk di atas kerusi hendaklah duduk dengan tertib dan sopan. Adalah dianggap tidak sopan jika ia bersilang kaki sehingga nampak tapak kakinya. Semasa sampai dan apabila hendak balik ia harus bersalam dengan tuan rumah dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan dan selepas itu menyapu ke muka atau ke dada. Namun perkara sedemikian telah dilupakan.
Tiada lagi bersalaman dan ada juga yang tidak menanggalkan kasut semasa memasuki ke rumah seseorang. Budaya luar telah membawa masuk unsur-unsur negatif yang mencemarkan adat melayu.
Pencemaran adat bukanlah satu masalah yang sangat besar,namun jika ianya tidak dibendung ianya akan terus meruntuhkan sistem adat yang wujud.
Tradisi –tradisi yang turun temurun akan hilang begitu sahaja. Oleh itu warisan masa kini adalah tiang bagi terus mendirikan adat melayu hingga ke masa hadapan.
Remaja harus mempelajari adat-adat yang ada supaya ianya mampu memimpin remaja ke jalan yang lebih positif, serta remaja mengetahui tradisi nenek moyang mereka dahulu kala. Biar mati anak jangan mati adat.
No comments:
Post a Comment