Sunday, November 2, 2014

Jerat pembangkang dalam ekonomi.

Pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sebolehnya akan berbuat apa sahaja untuk menjahanamkan negara ini dengan memberikan  pelbagai cadangan yang  tidak masuk akal  untuk menyerapkan fahaman kepada rakyat yang  kebanyakannya cetek dalam strategi politik tanahair

Pada tahun 1992 Anwar Ibrahim mencadangkan bahawa  GST adalah satu sistem percukaian yang cukup baik untuk diamalkan didalam kerajaan Malaysia.  Namun setelah beliau menjadi pembangkang dan disingkirkan dari barisan kerajaan, GST yang dicadangkan olehnya dahulu telah berlaku sebaliknya, iaitu GST adalah sistem percukaian yang membebankan rakyat dihebahkan kepada rakyat

Bila kerajaan pusat ingin melaksanakan GST, maka riuh rendahlah puak-puak pembangkang memfitnah kononnya cukai tersebut akan memiskin dan membebankan rakyat. Lalu mereka pun bergetik ingin melaksanakan Cukai Keuntungan Modal atau Capital Gain Tax(CGT).

CGT adalah cukai yang dikenakan dan dipungut dari hasil keuntungan penjualan dan urusniaga (transaksi) saham-saham, bon-bon, emas dan opsyen saham. Dengan kata lain hasil keuntungan penjualan saham-saham individu atau syarikat yang diurusniagakan di Bursa Saham atau yang bertukar tangan akan dikenakan cukai yang ditetapkan peratusan oleh pihak yang menjalankan sistem percukaian ini.

Bukan itu sahaja, CGT juga tidak terkecuali kepada percukaian  terhadap saham saham amanah  yang dibuat oleh kerajaan , Ini termasuklah saham-saham amanah yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan ekuiti dan aset rakyat yang majoritinya bumiputera seperti ASN, ASB, ASW, ASM, ASD, ASG, AS1M dan sebagainya yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Begitu juga dengan saham-saham amanah yang diwujudkan atau yang diurusniagakan oleh agensi-agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di peringkat Pusat atau kerajaan-kerajaan negeri.

Natijahnya, jika ia dilaksanakan jumlah kutipannya tidak mampu menampung perolehan kerajaan. Selain ia akan menimbulkan kesan negatif pada perekonomian negara,Hasil pendapatan negara akan berkurangan,Bajet perbelanjaan negara akan mengalami gangguan bahkan akan defisit kerana hasil kurang tapi belanja lebih. Negara terdedah kepada pemindahan modal kekayaan ke negara-negara lain yang tiada CGT.

Negara terpaksa meminjam wang dari institusi asing untuk menampung perbelanjaan negara ,Ini menyebabkan hutang negara bertambah dan ia memudahkan negara ini dikawal oleh si pemiutang atau para kreditor asing.

Bijak bukan, mereka terus menerus merancang untuk menjahanamkan negara ini dengan apa cara sekali pun.. Demi kuasa mereka lakukan apa sahaja, Itulah Pembangkang di Malaysia hari ini. Perancangan mereka adalah untuk melihat suasana politik , ekonomi dalam negara  sentiasa berada dalam keadaan kontra  disebabkan isu isu yang mereka bangkitkan. Kontrovesi akan berlaku dikalangan rakyat dan  natijahnya akan meyebabkan peperpecahan pendapat dan ini akan memudahkan mereka lagi untuk melakukan hasutan kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment