Sunday, November 9, 2014

Anuwar kaki penipu

Penipuan Anwar Ibrahim bukan hanya sekarang dilakukan oleh beliau demi kuasa, tetapi penipuan ini telah lama dilakukan sejak tahun 1974 lagi dimana pembohongan tragedi Baling telah berjaya dilakukan oleh beliau dengan menyebarkan berita bahawa kononnya seorang penoreh getah telah mati akibat kebuluran.

Seperti yang berlaku sekarang , untuk menutup kesalahan yang dilakukan , kerajaan akan menjadi mangsa dan dijadikan tempat untuk meletakkan kesalahan. Demontrasi  besar besaran dianjurkan oleh beliau untuk menutup kesalahan yang dilakukan . Demontrasi  dilakukan di seluruh negara bagi mencapai hajat yang diinginkan.

Serangan demi serangan dilakukan oleh penyokong  pakatan terhadap kerajaan. Disebalik serangan tersebut terdapatnya pembohongan , kejian dan makian.  Apa yang sangat menarik  sekali ialah bila mana kes yang sedang dibicarakan dalam mahkamah atas sesuatu tuduhan boleh pula membela dirinya di luar Mahkamah. Bukankah ini satu kesalahan yang tidak boleh dilakukan  semasa perbicaraan sedang dijalankan.

Mungkin ini adalah kelebihan yang ada  dan tiada pada mana mana warganegara Malaysia yang memahami perundangan dalam negara ini. Namun ianya dilakukan  oleh pakatan semasa perbicaraan ketua pembangkang dalam isu liwatnya. Saya berpendapat bahawa ini adalah  satu penghinaan terhadap sistem kehakiman didalam negara ini.

Bukan itu sahaja, bukan setakat penyokong telah menjadi mahkamah kedua bagi perbicaraan Anwar Ibrahim namun akhbar The Star atau Star Online menjadi mahkamah kedua untuk didengar dan dihakimkan oleh rakyat. Tidakkah kenyataan Anwar itu boleh mempengaruhi orang awam.? Hebat bukan, Jika perkara ini diambil tindakan maka  mereka akan menggunakan Hak asasi dan kebebasan bersuara sebagai dinding atau tembok untuk mereka menolak apa juga perundangan didalam negara ini.

Jika kita imbas secara kasarnya, saya beranggapan bahawa ini mungkin adalah pengaruh daripada  sikap Peguam Negara begitu liberal sehingga beliau sendiri bertindak atas tekanan luar dan bukan atas keperluan undang-undang.  Menurut kes kes yang dilaporkan banyak diantaranya tidak diambil tindakan yang sewajarnya oleh peguam negara. Perkara diatas juga akan berlaku dengan apa yang berlaku sebelum ini.

Amat malang bagi kita yang mana mempunyai barisan kepimpinan yang tertinggi ,Dimanakah Barisan Exco Pemuda, Puteri untuk mengambil tindakan?  Mereka lebih kepada melihat situasi dari membela apa yang sepatutnya.. Serangan saraf  pihak pakatan diambil ringan tanpa tindakan oleh barisan kepimpinan yang diterajui oleh rangkaian Anwar didalam barisan kerajaan masa kini.  Kepatuhan mereka membiarkan rakyat dihimpit rasa tidak puas hati kian menebal.

Isu berkaitan agama, bangsa dan negara diperkotak katikkan oleh pembangkang  dibiarkan seperti air lalu. Pro Kerajaan saban hari bermatian mempertahankan , tetapi barisan kepimpinan hanya menjaga periuk nasik mereka dan tiada usaha untuk membela rakyat , agama  bangsa dan negara. Jika ini dibiarkan hanya ini yang saya mampukkatakan selamat tinggal BN pada PRU14, kita akan kalah dengan perang saraf yang dilancarkan oleh mereka.

No comments:

Post a Comment