Sunday, August 31, 2014

Tahniah kepada KPJ

Tahniah kepada KPJ kerana komitmen mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membantu meringankan beban rakyat di negara ini dengan memperuntukkan kira-kira RM2 juta pada tahun ini untuk memberi perkhidmatan rawatan percuma di 20 Klinik Waqaf An-Nur di seluruh negara selain dua buah klinik bergerak dan sebuah Hospital Waqaf di negeri ini. Komitmen ini wajar dipuji dan dijadikan contoh oleh badan-badan korporat yang lain.

Selagi saya menjadi Menteri Besar, saya memberi jaminan akan memastikan KPJ terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya ini di masa-masa akan datang. Insya-Allah.

Kita di negeri Johor amat bertuah, kerana KPJ Healthcare Bhd. yang merupakan salah sebuah anak syarikat Johor Corporation (JCorp) giat memperluaskan perkhidmatan kesihatan pakar di negeri Johor yang dipertingkatkan kemudahan serta perkhidmatannya dari semasa ke semasa. Hari ini, kita boleh lihat hospital KPJ berada hampir di setiap negeri di negara ini dan diluar negara. 

Dengan adanya hospital pakar di Pasir Gudang yang mempunyai infrastruktur moden dan lengkap ia sudah semestinya mampu menarik kehadiran masyarakat luar ke sini selain memberi manfaat kepada penduduk sekitar terutamanya dalam penyediaan rawatan kesihatan yang terbaik dan mampu menyemarakkan lagi pembangunan ekonomi dengan membuka peluang keusahawanan kepada masyarakat sekitar. Ia sekali gus sejajar dengan slogan Jcorp iaitu Membina dan Membela. Sebagai sebuah anak syarikat Jcorp, KPJ sudah semestinya berperanan untuk menjayakan slogan tersebut.

No comments:

Post a Comment