Saturday, August 30, 2014

BN sedia hadapi tentangan Pas atau PKR

BN sedia hadapi tentangan Pas atau PKR

TUMPAT 28 Ogos – Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia untuk menghadapi sesiapa sahaja yang diketengahkan sebagai calon oleh pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, BN telah melakukan persiapan dan menyusun gerak kerja dalam usaha mempertahankan kerusi berkenaan.

“Kita (BN) akan mengetengahkan calon terbaik bagi menghadapi sesiapa sahaja yang diketengahkan oleh pakatan pembangkang sama ada Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Terpulang kepada mereka hendak letak siapa sebagai calon, kita sedia menentang,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pengkalan Kubor di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment