Sunday, August 17, 2014

1MALAYSIA TAU PAS ,DAP,KEADILAN HANYA TAKUT DENGAN BINI ANUWAR .

38

Ramai yang agak terkejut dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat tengahhari tadi,dimana PAS yang sebelum ini lantang mengkritik tindakan PKR memecat Tan Sri Khalid Ibrahim yang  akhirnya membuat  satu pusingan U, dengan menyokong penyingkiran Khalid Ibrahim serta mencadangkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Pada mulanya ramai menjangkakan PAS akan tetap dengan pendirian yang dibuat Majlis Syura tempoh hari,namun jangkaan berkenaan ternyata meleset.

Tindakan PAS berkenaan seolah-oleh mengkhianati Khalid Ibrahim yang sebelum ini begitu yakin dengan sokongan padu PAS di Selangor dan peringkat pusat dengan mengekalkan Exco-exco PAS d Selangor yang ada.

Apakah ini sememangnya keputusan PAS dari awal? Atau Presiden PAS diberi tekanan hebat didalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat tengahhari tadi? Ada juga yang mempertikaikan sidang media yang dilakukan Timbalan Presiden Mat Sabu dengan mempersoalkan kemana Hadi Awang selepas mesyuarat berkenaan?

Menurut sumber, surat yang ditandatangani oleh Presiden PAS berkenaan difahamkan sudah keluar sehari lebih awal iaitu sejak semalam lagi.

Rangka surat yang keluar lebih awal telah berjaya mengelakan pertembungan Penyokong Hadi Awang dan penyokong Anwar Ibrahim di luar ibupejabat PAS Pusat. Ia dibuktikan lagi dimana penyokong Anwar Ibrahim tidak hadir ke Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut tengahhari tadi apabila mengetahui keputusan PAS ini lebih awal.

Keputusan PAS tengahhari tadi turut menerima banyak kritikan termasuklah dari golongan Pro Ulama didalam PAS, sehinggakan ada cakap-cakap yang mengelarkan PAS terus kekal menjadi tunggangan kepada DAP dan PKR di Selangor walaupun kerusi yang dimenangi oleh PAS 15  berbanding PKR hanya 14 kerusi.

Sementara itu,dalam respon segera YAB Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi,beliau menegaskan perkembangan terbaru ini memberi peluang kepada UMNO/BN untuk menjadi lebih baik dimata rakyat dan tidak menyusahkan rakyat dalam kemelut dan konflik yang dicipta oleh parti sendiri.

Lawak sungguh bila KS fikirkan semula gerakan mereka yang pemikiran singkat ni.dimana KS boleh letakan PAS,DAP,KEADILAN  penakut pada  kaum hawa saja.

 Dengan Nyonya kipas saja mereka masing-masing sorok telur...kah..kahh..kahhh.....!!!


No comments:

Post a Comment