Sunday, January 11, 2015

LIM KIT SING TIDAK DESAK TUBUHKAN RCI CARI DALANG

Kerajaan Kelantan sebelum ini telah diberikan peringatan akan kemungkinan kejadian banjir dahsyat akan berlaku pada 2014 oleh sekumpulan pakar alam sekitar daripada Amerika Syarikat pada tahun 2010, malangnya laporan itu ditolak mentah-mentah kerajaan negeri.

Memberi alasan kononnya ini adalah agenda kerajaan pusat untuk memalukan kerajaan negeri, maka laporan tersebut tidak diendahkan sedangkan laporan dibuat berdasarkan kepada kajian mengikut jumlah hujan yang turun, tadahan tanah, hakisan (tanah), apa yang berlaku selama empat tahun, banjir yang paling dashyat akan berlaku akibat daripada hakisan tanah.

Begitu menurut Presiden NGO Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao hari ini yang mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat skandal balak di Kelantan. Kegiatan pembalakan secara agresif ini telah mengakibatkan berlakunya banjir terdahsyat dalam sejarah.

Jika dilihat dari tinggalan selut dan lumpur tebal pasca banjir, ini mengukuhkan lagi laporan yang telah diberikan kepada kerajaan Kelantan agar bertindak sebelum terlewat tetapi malangnya sikap angkuh kerajaan negeri dengan pantas menuding jari kononnya ini agenda kerajaan pusat.

Menurut Ramesh Rao lagi, beliau mempunyai dokumen-dokumen mensabitkan siapa dalang disebalik aktiviti pembalakan tersebut dan mendesak agar RCI segera ditubuhkan.

Musibah banjir kali ini di Kelantan dicatatkan sebagai yang terburuk dengan melibatkan kerugian mencecah ratusan juta ringgit kerana kerosakan harta benda dan kemudahan awam seperti jalan raya, rel dan stesen keretapi, jambatan, sekolah, balai polis dan banyak lagi.

Sekiranya kerajaan negeri tidak mengamalkan sikap berpolitik sepanjang masa, mungkin angka kerugian dapat dikurangkan namun kini nasi telah menjadi bubur. Selain dari kerja pembersihan dan baikpulih ini bukan sahaja menelan kos yang tinggi tetapi juga memakan masa yang lama untuk diselesaikan.

Mangsa kepada musibah ini terlalu ramai dan juga mengakibatkan kesan jangka panjang. Seharusnya Suruhanjaya Siasatan DiRaja RCI diadakan secepat mungkin bagi melondehkan dalang disebaliknya.

 

No comments:

Post a Comment