Monday, May 30, 2016

mentafsirnya.

PERHATIAN rakyat seluruh negara kini pastinya kembali terarah kepada 2 PRK yang telah diputuskan oleh SPR yang akan berlangsung pada 18 JUN 2016 ekoran kekosongan 2 kerusi secara serentak dalam tragedi balasungkawa di Sarawak. 

Satu ketentuan Tuhan yang cuba ditafsirkan sebagai bala oleh sebahagian  orang yang telah terpesong pegangan agama malah fikiran mereka juga telah rosak kerana hanya boleh menilai sesuatu yang negatif sahaja tanpa cuba berfikir dan mentafsir peringatan Allah di dalam surah Yaasin ayat 82 dan 83 yang bermaksud :

`SESUNGGUHNYA KEADAAN KEKUASAANNYA ADALAH APABILA IA MENGHENDAKI SESUATU TERJADI, HANYALAH IA BERFIRMAN KEPADA (HAKIKAT) BENDA ITU “JADILAH ENGKAU”, MAKA IA PUN TERUS TERJADI. OLEH ITU AKUILAH AKAN KESUCIAN ALLAH DENGAN MENGUCAP SUBHANALLAH, TUHAN YANG MEMILIKI DAN MENGUASAI TIAP2 SESUATU DAN KEPADANYALAH KAMU DIKEMBALIKAN…'

Pemain dan pimpinan politik parti-parti yang menyatakan minat untuk bertanding seperti BN, PAS dan PAKATAN HARAPAN melalui PAN mula berfikir dan merancang strategi bagaimana supaya kerusi ini menjadi milik mereka.

BN akan berusaha sedaya mungkin  untuk mempertahankan kerusi tersebut manakala di pihak yang lain pula sedang menyusun gerak kerja untuk merampas 2 kerusi itu sebagai manifestasi seolah-olah rakyat kini bersama mereka sekali pun terpaksa mengeluarkan surat dari penjara. 

Itulah adat dan resam politik dan pihak mana yang berjaya mengadun taktik dan formula berkesan, mungkin pihak itulah yang akan berjaya namun kejayaan sebenar kadangkala tidak memerlukan kepakaran tahap PhD dengan formula2 politik di dewan kuliah dan ulasan langsung di media2.

Kepada BN, apa juga taruhan dan  formula, pimpinan BN harus ingat bahawa biarpun baru mendapat mandat besar di dalam PRN Sarawak, gelombang dan semangat itu tidak sampai ke Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kemenangan besar di dalam PRN Sarawak ianya adalah keberkesanan strategi dan pendekatan yang hanya terpakai untuk Sarawak sahaja.

Manakala di kalangan puak2 yang hanya tahu membangkang, keghairahannya adalah hanya untuk melampiaskan dendam ekoran dimalukan di Sarawak setelah berhabis duit dan strategi tumpul.

Sebab itulah di keluarkan berbagai kenyataan tidak masuk akal seperti untuk menghalang pimpinan BN Sarawak masuk ke Selangor dan lain-lain bagi menagih kembali simpati setelah kehancuran persefahaman politik sesama mereka semakin menjadi nyata.

Apatah lagi bila pimpinan Melayu dalam Pakatan Harapan ini telah mula berada pada tahap sanggup menjual akal dan budi kepada “abang besar” iaitu Cina DAP dan membiarkan abang besar ini yang membuat keputusan politik tentang calon dan strategi, kononnya kerana DAP lebih berhak setelah PKR gagal menguasai suasana, mereka ingin bangkit bagaikan `harimau yang terluka' .

Secara umumnya jika berasaskan “score sheet” keputusan 2 PRU yang lepas, peluang BN untuk terus mengekalkan kemenangan di kedua-dua kerusi tersebut tidak menjadi masaalah cuma peluangnya lebih besar dan mudah di Kuala Kangsar, manakala di Sungai Besar ianya ianya agak sengit kerana disamping menang hanya dengan angka marginal, jentera BN terpaksa berhadapan dengan jentera sebuah kerajaan negeri pimpinan PKR yang tidak lagi menjadikan Presiden sebagai rujukan utama.

Disamping itu BN juga  berhadapan dengan sejumlah pengundi yang langsung tak tahu besyukur dengan negara Malaysia yang telah memberikan kerakyatan kepada nenek moyang mereka. Sampai sekarang ada yang masih tidak tahu berbahasa Melayu dan mereka ini dikumpulkan dalam DUN Sekinchan dan mereka diberi keselesaan dengan pelbagai kemudahan asas seperti rumah urut, PUB dan lain2 kemudahan mengikut kaca mata mereka.

Maka tidak hairanlah jika antara keputusan strategik yang diambil dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Harapan antaranya adalah memberi tumpuan 120% kepada PRK Sungai Besar dengan matlamat 1:1 iaitu melepaskan Kuala Kangsar kepada BN dan akan memastikan kemenangan  untuk mereka di Sungai Besar.Itulah yang sedang mereka fikir, itulah juga yang sedang mereka tafsir.

Namun kepada BN, INI BUKANNYA HALANGAN, TETAPI  PELUANG. Ketentuan Tuhan yang memberikan peluang berterusan untuk menguji sejauh mana keberkesanan dasar, penjelasan isu daripada permainan persepsi, ketajaman dan kebijaksanaan strategi harus dimanafaatkan dengan sebaik mungkin. Sesiapa juga yang bertanggungjawab menerajui jentera pilihan raya harus memastikan bahawa matlamat BN bukan sekadar untuk menang, tetapi menang dengan peningkatan jumlah majoriti.

Apakah ubat paling mujarab untuk menutup mulut Tun M dan kuncu2nya yang berterusan menyerang dan cuba merosakan minda rakyat sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan BN?

Kemanakah hilangnya rasional pemikiran seorang pemimpin dalam memastikan “KEBIJAKSANAAN POLITIK” untuk menjaga kedaulatan agama dan bangsa yang dalam kontek sekarang hanyalah melaui formula BN?

Apakah penawar yang boleh menyebabkan bukan Melayu melihat usaha merampas kuasa politik mereka tidak akan kemana dalam konteks Negara Malaysia yang penduduk majoritinya Melayu?

Hanyalah kemenangan besar dalam 2 PRK ini yang akan membuntukan mereka untuk berfikir dan membisukan mereka dari mentafsir.

Inilah sebenarnya keutamaan kita yang menuntut kebijaksanaan membuat keputusan politik yang bermula dari pemilihan siapa yang sebenarnya layak untu dicalonkan.

Presiden parti yang akan membuat keputusan perlu diberi maklumat yang betul bukannya berasaskan sentimen dan adu domba. Bakal calon bukan sahaja harus “winnable” tetapi “marketable” dan “workable”. Semua diminta berjiwa besar.

Sentimen dan kehendak pimpinan UMNO dan BN setempat harus dinilai apakah ianya selari dengan kehendak rakyat dan pengundi yang jumlahnya jauh lebih besar dan menentukan kemenangan?

Janganlah ketika kita bercakap matlamatnya hanyalah untuk memastikan kemenangan, tetapi mengemukakan pelbagai syarat kepada YAB Presiden.

Parokial lama masih menghantui seperti calon wajib suku ini atau suku itu, calon wajib jawatan ini dan jawatan itu, malah belum apa-apa lagi pelbagai kelemahan bakal calon, sesama sendirilah  yang membuka pekongnya.

Yang lebih menarik ada juga yang mengambil pendekatan menahan lukah di pergentingan dengan harapan jika calon yang dibawa tidak di pilih, maka akan berlakulah keuntungan peribadi dengan harapan berlakulah “butter trade” yang semua sedia maklum.

Kenapa persoalan-persoalan ini terus membelenggu UMNO dan BN setiap kali berhadapan pilihan raya sama ada PRU atau PRK? Walaupun usia UMNO dah 70 tahun dan berhadapan dengan 13 kali PRU dan berpuluh-puluh  PRK?

Jawabnya mudah kerana ada lagi segelintir yang meletakan kepentingan diri jauh lebih besar dan utama dari kepentingan parti.

Disaat seluruh pimpinan sedang berusaha untuk membawa sinar kemenangan ada yang cuba memadam api semangat dengan pelbagai kaedah.

Bayangkan ketika Ketua UMNO Bahagian  sedang menyusun dan memberi arahan, ada yang membuat laporan polis terhadap beliau atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya ketika sedang berperang sebagaimana berlaku di Sungai Besar.Laporan polis  itu dibuat oleh orang yang kononnya juga sayang dan cintakan UMNO dan BN . 

Malah ada juga ketika senarai bakal-bakal calon sedang di perhalusi, dianalisa dengan rapi, ada juga  yang nakal mula mengejutkan  orang yang yang tidur dan tidak pernah bermimpi jadi calon, tapi diberitahu bahawa akan jadi calon dengan meminta profail dan resume kononnya arahan YAB Presiden.

Malah lebih memualkan ada yang mula turun berjumpa dengan individu-individu seperti perjumpaan di Manong Resort Kuala Kangsar untuk memilih bakal calon sedangkan itu sebenarnya bertujuan membina rangkaian politik peribadi.

Sebagai orang yang mudah geli bila di geletek,maka mula beraksilah  si hamba Allah ini dan bergolok bergadai lah turun merata peti undi dengan mencanang sesama sendiri bahawa dia adalah “winnable candidate”sebagaimana telah diiktiraf oleh PUTRAJAYA. Kesannya bila tidak terpilih, merajuk dan membawa diri, tidak lagi berkerja  untuk parti.

Apa pun yang berlaku itulah asam garam sesama kita BN bila berlaku PRU atau PRK.

Memanglah pemilihan calon yang “right candidate for the right position” mempunyai implikasi yang besar dalam politik yang masih mengamal status quo ala BN.

Sebab kononnya pengundi akan melihat SIAPA yang nak mereka undi, apatah lagi bila melihat kepada profail pengundi yang hampir 50% adalah pengundi muda yang tidak terikat secara  eksterim dengan  mazhab parti.

Namun siapa pun yang menjadi taruhan BN, gerak kerja terancang yang berpaksi kepada kajian kepada setiap PDM terhadap sikap dan minat pengundi adalah kunci untuk memastikan menang dengan jumlah majoriti yang lebih besar.

Mana PDM dalam kawalan, PDM tumpuan, PDM tumpuan berganda, strategi mengelakan kemusnahan dan lain2 ianya harus di fikir dan ditafsir secara bersama.

Semua harus bekerja atas semangat BN dengan menggerakan seluruh komponen seperti MCA dan GERAKAN dan mereka perlu membuktikan bahawa mereka bukannya “sleeping partner” dalam BN.

Biarlah bagaimana sekali pun bentuk dan corak PRK ini sama ada pertembungannya 3 penjuru atau 2 penjuru, usahlah kita meletakan harapan kemenangan atas kelemahan lawan yang semakin nanar dan kejam sesame sendiri tetapi kita yang harus menentukan kemenangan dengan kekuatan kita sendiri.

Biar kita yang menguasai “game” ini dengan segala perancangan dan taktik yang semuanya telah mengaku arif dan pakar.

Kerana kemenangan besar 2 PRK akan menjadi kayu ukur sama ada pembangkang akan benar-benar diambang kehancuran  dan bertukar menjadi “PAKATAN YANG TIADA HARAPAN”atau kemenangan biasa dengan berkurangnya majoriti menjadikan pembakar semangat pembangkang untuk terus memanipulasikan isu dan menyebarkan persepsi bahawa PRU 14BN tiada lagi peluang membentuk kerajaan.

Jumlah 134 kerusi BN dalam Parlimen sekarang harus dipertahankan dengan mengekalkan kemenangan di 2 PRK. Ianya hanyalah dengan kebijaksanaan kita berfikir dan keupayaan kita mentafsir

Saturday, August 1, 2015

Membersihkan Kabinet

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membersihkan Kabinet daripada penentangnya seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, masih tidak jelas sama ada beliau akan dapat menutup mulut pengkritik lain dalam Umno dan mendapatkan semula sokongan orang ramai yang semakin merosot.

Dari satu segi, Kabinet yang teguh di belakangnya akan memberikan perdana menteri ruang menangani kebimbangan mengenai ekonomi - kebimbangan nombor satu kebanyakan pengundi mengikut kaji selidik dibuat - dengan harapan mendapatkan semula sokongan rakyat.

Dari sudut lain, keadaan dan masa rombakan itu menimbulkan keraguan mengenai integriti siasatan Putrajaya ke atas skandal pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang diilhamkan Najib.

Penyingkiran Muhyiddin selepas membuat kritikan terbuka terhadap cara Putrajaya mengendalikan 1MDB dibuat ketika siasatan berada di puncak terhadap dakwaan dana daripada entiti berkaitan 1MDB disalurkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Tetapi di kalangan majoriti rakyat Malaysia, menurut kaji selidik, isu 1MDB tidak menjadi kebimbangan utama walaupun integriti negara menjadi taruhan, dan begitu juga imej perdana menteri.

Isu keperluan hidup lebih utama daripada politik

Kaji selidik secara konsisten menunjukkan rakyat Malaysia lebih mengambil berat tentang kos isu-isu kehidupan, pekerjaan dan perumahan berbanding politik.

Kajian pada Januari 2015 menunjukkan, 62% responden menyatakan isu-isu ini yang paling dibimbangkan, manakala hanya 3% berkata mereka bimbang mengenai isu-isu politik.

Kajian sama menunjukkan rating Najib menurun kepada 44%, paling rendah sejak mengambil alih jawatan pada 2009.

Serentak dengan masalah ekonomi, jatuhnya sokongan terhadap Najib itu mungkin menyebabkan kerumitan kewangan skandal 1MDB kurang diambil berat oleh kebanyakan rakyat Malaysia dan membolehkan Najib meneruskan rombakan Kabinetnya yang penuh kontroversi.

Dengan menghapuskan perbezaan pendapat dalam Kabinet serta membentuk pasukan teguh yang akan menyokong beliau, Najib boleh mula menangani isu-isu ekonomi yang menjadi kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia.

"Dalam jangka masa panjang, jika beliau boleh mengurangkan perbalahan dalaman, beliau boleh mula mendapatkan sokongan dengan memberi fokus kepada ekonomi.

"Bukan untuk meremehkan isu-isu ini, tetapi sebahagian besar orang ramai lebih mementingkan ekonomi berbanding 1MDB."

Rancangan Najib bagaimanapun, masih boleh digagalkan jika Muhyiddin memutuskan untuk menyatukan suara kecewa dalam Umno untuk mengecam perdana menteri melalui undi tidak percaya.

Memandangkan kekananan Muhyiddin dalam Umno, bekas timbalan perdana menteri yang diturunkan itu boleh memulakan perang sebenar dalam parti jika beliau memutuskan untuk berbuat demikian.

"Beliau juga mempunyai pilihan menunggu persidangan Parlimen akan datang dan memulakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri di Parlimen.

Tetapi beliau mengakui kemungkinan tersebut mungkin tidak akan terjadi memandangkan pengaruh Najib, sebagai presiden parti, ke atas ketua bahagian Umno.

Pada satu mesyuarat parti pada Mac, lebih 160 daripada 199 ketua bahagian menyatakan sokongan mereka kepada Najib, walaupun 1MDB sedang disiasat.

Ketua bahagian tersebut, ramai daripada mereka menteri dan wakil rakyat, memainkan peranan penting dalam memastikan sama ada undi tidak percaya akan berjaya atau tidak.

Satu laporan oleh The Malaysian Insider pada 10 Mei juga menunjukkan ahli biasa yang membawa usul tidak percaya terhadap Najib di peringkat bahagian juga tidak mendapat sokongan mencukupi untuk berjaya.

"Arus penentangan terhadap Najib meningkat dalam Umno, tetapi realitinya adalah, jika beliau mahu kekal, tidak ada yang menghalangnya daripada berbuat demikian.

Integriti siasatan 1MDB

Kesan paling serius akibat rombakan Kabinet, yang diadakan pada hari yang sama dengan penggantian peguam negara, adalah terhadap siasatan 1MDB.

Kepercayaan yang siasatan itu akan mengorek skandal syarikat pelaburan milik negara tersebut hingga ke lubang cacing kini terjejas teruk.

"Rakyat akan jadi sangat curiga, mengapa semua perubahan ini berlaku apabila siasatan itu sedang mengumpul kekuatan," kata aktivis anti-rasuah Datuk Akhbar Satar, presiden Transparency International Malaysia (TI-M).

Tan Sri Abdul Gani Patail, dilucutkan sebagai peguam negara, adalah salah seorang anggota pasukan petugas khas peringkat tinggi yang menyiasat skandal 1MDB yang membuat 5 tangkapan minggu lepas.

Gani mempunyai pengalaman luas mengendalikan kes rasuah dan menggantikannya ketika proses itu sedang berjalan akan menjejaskan siasatan.

"Peguam negara baharu perlu membuktikan beliau boleh menyiasat tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Timbul juga persoalan sama ada beliau mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk ini, merujuk kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang kini peguam negara.

Menambah kepada syak wasangka ialah hakikat yang Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang menjalankan siasatan terhadap 1MDB, terpaksa menghentikan siasatan berikutan pelantikan 4 anggotanya sebagai timbalan menteri, termasuk pengerusinya yang vokal, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Pelantikan dibuat ketika pegawai eksekutif tertinggi 1MDB akan disoal siasat PAC awal bulan depan.

"Masa dan cara rombakan ini dilakukan seolah-olah membayangkan perdana menteri hanya mahu menutup mulut pengkritik dan menghentikan sebarang kemungkinan pendakwaan jenayah.

"Ia merupakan langkah tidak bijak bagi negara dan menimbulkan persoalan tentang integriti kerajaan.

Wednesday, May 13, 2015

Bila kita salah tunding … !!!

Tu dia bila kita salah…

Keadaan bukan lagi seperti dahulu. UMNO bukan lagi menikmati apa yang dinikmati sebelum 1998. Semua kini telah berubah dan UMNO sebagai sebuah organisasi Melayu kini berhadapan dengan cabaran-cabaran baru dalam tamadun Melayu Baru. Melayu itu sendiri sudah berubah. Melayu itu sendiri bukan lagi seperti Melayu dan kalau ada yang ortodoks Melayu maka mereka akan dilabel sebagai ketinggalan zaman. Itu semua boleh kita terima. Perubahan Melayu zaman ini, pemikiran Melayu zaman dahulu yang berada pada zaman hari ini – turut boleh kita terima. Namun yang sukar kita terima adalah kepimpinan Melayu memperjuangkan Melayu dan Melayu itu adalah dirinya sendiri. Sikap Melayu yang hidup atas unjuran mahu memperjuangkan Melayu nyata amat hipokrit. Melaung slogan hidup Melayu – dalam konteks untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu amat dangkal – kalau perlakuan hanya mahu mementingkan kedudukan dan loncatan politik peribadi. Ini bagi kerambit 
adalah perjuangan palsu dan tidak konklusif.                                                  


                                        


Ditambah pula dengan memperjuangkan Melayu hanya untuk menjadikan isu Melayu sebagai bahan kempen dan bahan untuk mempopularkan diri sendiri. Dari memperjuangkan Melayu – menjadikan kempen untuk meraih sokongan orang Melayu – timbul pula apa yang dikatakan liberalisme Melayu. Melayu moden kata mereka. Melayu yang tidak Melayu tetapi Malaysian. Melayu yang mahu meraih sokongan Melayu di samping meraih sokongan kaum lain dalam rukun liberalisme Melayu. Melayu yang mengatakan Melayu lain ortodoks dan Melayu lain tidak terbuka fikirannya. 

Dari situ timbul pula Melayu yang menegah isu Melayu tetapi yang penting adalah Islam. Islam itu melebihi bangsa dan amat salah kalau kita mementingkan bangsa mendahului Islam. Kesongsangan mereka ialah menuduh perjuangan bangsa itu salah kerana yang ada hanya perjuangan Islam. Siapa yang mahu menafikan kepentingan perjuangan Islam dan memartabatkan agama Islam itu sendiri. Dalam kita menyuarakan kepentingan dan keperluan mendaulatkan agama Islam – Melayu juga di kerah, di manipulasi dan akhirnya di jajah untuk kepentingan lain khususnya politik.

Maka – berarah-arah perjuangan Melayu. Segala-galanya menyebut Melayu tetapi tidak memikirkan pembangunan bangsa itu bagi mendaulatkan agama Islam itu sendiri. Semuanya memikirkan Melayu – Islam untuk kepentingan kecil khususnya kepentingan politik masing-masing. Maka pengasingan perlu di buat – Islam dan Melayu, kata sebilangan kelompok yang mahu menyedapkan hati kelompok lain. Islam mendahului segala-galanya, tetapi turun padang untuk meraih kuasa – mendapatkan kuasa , atas dasar mahu menegakkan Islam. Maka sekali lagi bercabang-cabang perjuangan Melayu. DI sana memperjuangkan Melayu dan di sini memperjuangkan Melayu. Di sana memperjuangkan Islam dan di sini memperjuangkan Islam. Semua di sana dan di sini tidak pernah sebulu dalam memperkatakan sesuatu atas nama dan agenda lain.

Di sinilah Melayu salah-memecahkan antara Melayu atas agenda yang berbeza tetapi atas nama yang serupa. Di sinilah bermula cerita – Melayu itu tidak didefinisikan secara menyeluruh. Definisi Melayu berubah-ubah mengikut kehendak. Di sinilah akhirnya kita tertinggal, bila Melayu itu tidak lagi Melayu dan bila Melayu itu diperalatkan untuk hajat yang tidak menyeluruh untuk orang Melayu.  

Wednesday, March 25, 2015

Pemimpin ....

Pemimpin yang baik akan disayangi dan dicintai oleh orang dibawahnya. Setiap pemimpin perlu mengetahui suatu proses aliran yang wujud dalam kepimpinannya supaya dia jelas melihat mengapakah sokongan daripada orang dibawahnya amat penting dan penting juga dia menjaga hubungan dengan mereka. Mari kita melihat senarai aliran dibawah.

1.Objektif

2.Tugasan

3.Orang

4.Kerjasama

5.Hasil

 Apabila kita melihat senarai aliran ini, jelaslah bahawa hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kerjasama yang baik dapat diwujudkan oleh orang bawah dalam melaksanakan tugasan yang diberikan dengan objektif yang jelas,mudah dan senang; yang diberikan oleh seorang pemimpin untuk dilakukan oleh orang dibawahnya.

Namun,sekiranya objektif yang tidak jelas,susah difahami dan sukar dilakukan yang diberikan oleh seorang pemimpin kepada orang dibawahnya maka ini akan membuatkan mereka susah dalam melaksanakan tugasan tersebut ditambah pula kesusahan dalam mewujudkan kerjasama antara meraka akan memberikan hasil yang kurang baik.

Kesimpulanya, seorang pemimpin perlu mengetahu objektif sesuatu tugasan itu sebelum diberikan kepada orang dibawahnya agar menyenangkan tugasan mereka lalu mereka dapat bekerjasama dan memberikan hasil yang baik.

Penting bagi seorang pemimpin menjaga orang dibawahnya. Tanpa mereka kita sebagai pemimpin akan gagal dalam memimpin. Namun bagaimana kita nak memberikan keselesaan kepada 100 atau 200 atau 300 orang dibawah kita yang memiliki pelbagai ragam dan watak?

Bagaimana kita hendak memastikan beratus-ratus orang dibawah kita ini dapat melihat objektif tugasan yang kita berikan?

Inilah yang perlu diambil serius oleh setiap pemimpin di mana mereka perlu memiliki fokus yang tinggi terhadap keadaan orang dibawah.

Pemimpin perlu memiliki imej yang baik dipandangan mata orang dibawahnya dan pemimpin perlu membawa mereka daripada sesuatu titik yang rendah kepada titik yang tinggi dan cemerlang.

Mereka perlu dorongan oleh seorang pemimpin sehinggakan mereka melihat betapa hebatnya seoarang pemimpin itu mengambil berat terhadap kejayaan dan diri mereka.

Dengan ini maka orang di bawah seseorang pemimpin itu akan menyenangi segala tindak tanduk pemimpin dan mereka akan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pemimpin dengan baik.

Apabila orang dibawah melaksanakan tugasan dengan baik maka hasil yang baik akan diperoleh dan kita akan digelar pemimpin yang berjaya.

Wednesday, March 11, 2015

Buang buanglah sikap pentingkan diri sendiri

Pentingkan diri dan menganggap diri kita sebagai perhatian akan melukakan hati orang lain terutama mereka di sekeliling kita. Perasaan ini sebenarnya berpunca kerana kita inginkan perhatian dari orang sekeliling ataupun ia adalah sikap kita yang memang tidak menghargai orang lain.

Kebiasaannya sikap pentingkan diri sendiri akan lebih serius apabila orang sekeliling sudah mula perasan dan mengambil langkah untuk menjauhkan diri. Tidak semua orang boleh menerima kita sepenuhnya dan mengambil baik dan buruk sikap kita sebagai satu pertimbangan. 

Kalau kekasih pun sanggup meninggalkan pasangannya hanya kerana sikap pentingkan diri sendiri, apatah lagi di kalangan kawan-kawan yang mungkin menganggap sikap kamu itu terlalu melampau dan sepatutnya dijauhkan saja. Bukankah kita yang rugi?

Hilang kawan dan lama-kelamaan kita akan duduk sendirian atas sikap buruk yang terlalu pentingkan diri dan tidak langsung mengendahkan perasaan orang lain.

Justeru apa kata kita cari jalan untuk sekurang-kurangnya mengubah sikap ini perlahan-lahan dan kalau boleh buang untuk tidak terus dihimpit kebencian orang sekeliling.

Pertama sekali, apa kata kita letakkan diri di tempat dan situasi mereka. Sikap kamu yang pentingkan diri itu kadangkala menyebabkan orang lain tersinggung. Mungkin ada sesetengah tidak perasan, tapi mengikut kajian dan pemerhatian, lebih 90 peratus dari sikap pentingkan diri itu sudah tentu akan mengundang rasa tidak selesa kepada pihak lain.

Justeru, apa kata cuba letakkan diri kamu di tempat dan situasi mereka. Pasti kamu merasai apa yang mereka berdepan dengan sikap buruk kamu. Setidak-tidaknya kamu boleh memahami perasaan mereka kerana sanggup menghadapi sikap mementingkan diri kamu.

Contohnya apabila sebelum ini kita sering meninggalkan semua orang di sekeliling dengan satu keputusan yang kita buat sendiri tanpa bertanya bagaimana perasaan mereka. Tempat makan, restoran pilihan, destinasi percutian atau apa saja, semuanya hanya kamu saja yang membuat keputusan. 

Bagaimana dengan keputusan kawan lain? 

Keduanya, apa kata kita pertimbangkan kehendak orang lain pula. Kebiasaannya, individu yang mementingkan diri ini biasanya meletakkan diri mereka di tempat pertama. Tanpa memikirkan perasaan dan keadaan seseorang yang lain, mereka hanya menjadikan diri mereka sendiri sebagai keutamaan.

Jadi kali ini cuba letakkan kehendak orang lain di hadapan. Contohnya, selama ini hanya kamu yang meminta dibelanja macam-macam. Kali ini tanya pula apa mereka mahu dan cuba balas jasa mereka pada kamu selama ini. Jika dia asyik mengikut telunjuk kamu, cuba pula ikut apa yang dia mahukan.

Percayalah, persahabatan dan hubungan kamu dengan kawan-kawan atau sesiapa saja akan menjadi lebih sihat dan dihormati kerana kamu tidak jenis hanya meletak fokus pada diri kamu sebaliknya menjadikan semua orang penting dan mempunyai peranan untuk membuat keputusan.

Paling seronok sebelum kamu dan teman-teman membuat keputusan untuk menonton wayang atau memilih restoran untuk makan, apa kata bersembang dan berkongsi pendapat daripada hanya satu pihak saja yang membuat keputusan.

Ketiga pula, apa kata kita berhenti ambil kesempatan kerana individu yang mementingkan diri biasanya kerap menggunakan perkhidmatan atau jasa baik orang lain untuk kegunaan peribadi. Contohnya, kamu selalu meminta kawan belanja, selalu mengharapkan bantuan orang lain tapi apabila mereka memerlukan bantuan, kamu tidak hirau dan berlagak seperti tiada apa berlaku. 

Ini adalah sifat dan sikap kebiasaan mereka yang mementingkan diri sendiri. Kalau mereka susah, bukan main kata-kata dan pujukannya, tapi kalau orang lain baru sekali meminta bantuan atau memberi 'hint' untuk meminta bantuan, macam-macam alasan yang diberikan untuk mengelak. 

Seboleh-bolehnya mereka akan cuba mengelak dan memberi alasan untuk tidak membantu. Paling tidak faham, bagaimana mereka boleh mempunyai perasaan kering dan keras seperti itu untuk tidak menghulurkan sebarang bantuan. 

Situasi kebiasaan, orang yang pentingkan diri sendiri adalah mereka yang langsung tidak membawa hadiah atau cenderahati kepada teman-teman di majlis hari jadi atau apa saja majlis yang diraikan bersama. 

Malah mereka juga adalah jenis yang tidak akan mengeluarkan duit ketika makan bersama dan gemar memberikan pelbagai alasan seperti duit belum keluar dari bank, beg duit atau dompet tertinggal dan macam-macam lagi. 

Itulah sikap paling perlu dihindari dan jangan kerana sikap remeh ini akan memberikan kamu seribu satu persepsi negatif di kalangan kawan-kawan. 

Mungkin selepas ini kamu perlu pertimbangkan persahabatan dua hala kerana lambat laun mereka akan meninggalkan kamu.

Keempat, kali ini kita cuba pula untuk menjadi pendengar yang baik. Remaja yang pentingkan diri biasanya memiliki kemahiran mendengar yang kurang. Kamu bercadang untuk berhenti dan ubah sikap buruk itu. Oleh itu, perkara yang perlu dilakukan ialah mendengar apa kata atau luahan orang lain kepada kamu.

Mendengar bermaksud menganalisa, memahami dan berupaya memberikan pendapat mengenai topik itu.

Individu yang pentingkan diri sendiri selalunya hanya ingin orang sekeliling saja mendengar ceritanya. Kalau bersembang bersama atau duduk melepak, hanya dia saja yang tidak henti bercerita mengenai pengalamannya, kisah sedih dan gembiranya dan macam-macam lagi.Tapi bila orang lain punya cerita, langsung tidak diendahkan.

Kalau si pentingkan diri berdepan masalah, baik cinta mahupun konflik diri di tempat kerja, keluarga ataupun peribadi, mulalah semua kawan-kawan digesa untuk memberikan pendapat.

Tapi bayangkan apabila kawan lain pula berdepan masalah, banyak sangat alasannya untuk tidak membantu atau memberi motivasi kepada kawan. 

Kalau ada pun nasihat yang diberikan, semuanya seperti menjatuhkan semangat dan keyakinan kawan yang bermasalah itu. Bukan membantu sebaliknya lagi menjatuhkan seseorang itu.

Terakhir sekali, apa kata kita cuba untuk membiarkan mereka pula putuskan sesuatu keputusan. Sebelum ini mungkin kamu yang selalu membuat keputusan untuk pergi ke mana mana atau membuat pelan bagi aktiviti hujung minggu. Apa kata kali ini biarkan mereka pula yang bagi cadangan. Mungkin kamu dapat melakukan aktiviti baru yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Seperti kerambit sarankan pada langkah pertama dan kedua tadi, kali ini kamu perlu lebih peka dan prihatin terhadap nasihat kawan-kawan kamu dan tidak hanya mengikut diri sendiri saja. Ini paling perlu diambil serius bagi memastikan kamu tidak lagi seperti dulu. 

Kerambit cukup  percaya jika kamu cuba lakukan setiap satu langkah ini, kerambit sendiri yakin masalah kamu dapat diselesaikan. Paling tidak, orang sekeliling nampak perubahan yang ada pada kamu. Cubalah!

Solidariti itu lebih penting dari kita mementingkan diri sendiri.

Tuesday, March 10, 2015

Tanggungjawab dan bantuan rakyat/ ahli.

Tanggungjawab pemimpin untuk memberikan bantuan kepada rakyat yang memerlukan, tidak kira tempat, dalam keadaan apa, masa bila, warna kulit dan sebagainya. Apatah lagi mereka yang miskin tegar. Jika yang miskin tegar telah berusaha tidak berubah juga, ketika itu jika perlu dibantu sepanjang hayat, maka berikanlah.  Lagipun apalah sangat puluhan ribu berbanding dengan jutaan dan ribuan juta.

Justeru, tidak hairan jika pada zaman Rasulullah dan para sahabat, pemimpin agung ini sanggup berkorban dan berjaga malam untuk mencari rakyat yang memerlukan bantuan. Pada masa sama, jika ada rakyat yang kaya-raya dan berkemampuan, tidak tampil ke hadapan membantu seperti menunaikan zakat, maka mereka boleh diperangi atau dikenakan tindakan.

Cuma hari ini kita begitu sedih, kenapa dan mengapa kita mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan dalam konteks bantuan ini. Tidakkah kita boleh bersangka baik daripada bersangka buruk. Tidak perlulah melabelkan seseorang sebagai bantuan firaun, pelacur,  lembu, hampas, dan banyak lagi binatang kiasan dalam isu bantuan oleh kerajaan. Faedah apa yang kita dapat mengeluarkan kenyataan sedemikian, selain menyakitkan hati orang yang mendengarnya. Kenapa kita bertindak melebarkan jurang bukan merapatkannya?

Kenapa kita sengaja melakukannya, sedangkan kita tahu perpecahan melemahkan?

Wahai umatku, kita sudah terlalu banyak berpecah. Perlukah kita tambah dengan kesakitan sebegini. Jika kita ramai tidak mengapa lagi jika berpecah. Tetapi perpecahan ini telah  menjadikan kita minoriti, walaupun bilangannya agak majoriti. Sebenarnya kita sudahpun menjadi minoriti dalam majoriti.  Ini yang menjadikan orang lain mengambil kesempatan.

Pada kerambit, lebih baik kita fikirkan bersama, cara bagaimana bantuan tersebut boleh dimanfaatkan. Bagaimana RM500 boleh dikembangkan menjadi RM1000 dan berbagai gandaan lagi. Seperti yang pepatah Cina sebut, beri seseorang seekor ikan, ia hanya boleh mengenyangkan untuk satu hari, tetapi ajar bagaimana cara menangkap ikan, ia boleh mengenyangkan seumur hidup.

Keperluan mendesak hari ini adalah soal bagaimana? Kenapa tidak gunakan dana tersebut untuk melatih anak bangsa soal kemahiran. Bayangkan daripada ratusan ribu yang menerima bantuan, kita ajar mereka skill menjahit, memasak, membaiki dan sebagainya, tidakkah dana tersebut akan beranak-pinak?

Persoalan selalu dilontar, kenapa keluarga Cina boleh hidup kaya-raya di kampung Melayu yang begitu asing bagi mereka?

Kenapa orang Melayu tidak boleh hidup kaya-raya dalam perkampungan Cina?

Usahkan mahu berniaga, tempat tinggalpun, seboleh-bolehnya mereka mahu lari daripada perkampungan atau taman tersebut. Kita tidak ada daya tahan berhadapan mereka, berbanding mereka berhadapan kita. Sikap ini terus terbawa-bawa sehingga ke hari ini.

Bangsa Cina tidak suka anaknya duduk diam atau membaca buku sahaja. Mereka akan pastikan anaknya mewarisi skill perniagaannya.

Maka diajar anaknya bangun awal pagi, kemudian sembahyang, selepas itu menolong ibu bapa, sama menjaga kedai atau menjaga kebun. 

Persoalannya, kenapa kita tidak boleh menjadi seperti mereka?

Sudahlah skill tidak dipelajari, hari ini masa banyak terbuang mengata, mengumpat dan saling dengki-mendengki.kerambit begitu teruja dengan kata-kata pemimpin Melayu ultra kiasu sehari dua ini. Katanya, selepas menguasai negara kita tidak timbul lagi soal balas dendam. Benarkah perkara tersebut akan berlaku?

Apa yang kerambit lihat, selepas menang beberapa buah negeri dalam PRU lalu, boleh dikatakan semua badan yang berada di bawah kawalan negeri berubah. Masjid surau bertukar imam dan ahli jawatan kuasa, begitu juga dengan badan-badan seperti majlis perbandaran. Semua ahli jawatan lama digugurkan, dimasukkan orang-orang mereka.

Apakah ini bukan membalas dendam?

Sebenarnya sifat inilah yang menyebabkan Melayu tidak boleh pergi jauh.Dalam diri mereka penuh hasad dengki. Di kala itu orang lain mengambil kesempatan. Justeru, sudah sampai masanya kita buang sifat-sifat negatif tersebut. Yang paling hari ini, fikirkan bagaimana cara membantu anak bangsa untuk survive dalam dunia yang mencabar hari ini. Jangan beri ikan, tetapi ajarlah mereka cara menangkap ikan......

P/s:Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan.

1MDB Beri ruang kepada Jabatan Audit Negara laksana tugas

Semua pihak perlu berhenti membuat sebarang andaian, sebaliknya memberi ruang secukupnya kepada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk melaksanakan audit terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, berkata pihaknya menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap kewibawaan, keupayaan dan kredibiliti JAN di bawah pimpinan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang untuk melakukan pengauditan secara berkecuali, telus dan bertanggungjawab, lapor Bernama.

“JAN perlu diberikan ruang secukupnya bagi melaksanakan audit terhadap 1MDB dan ia perlu dilakukan tanpa sebarang rasa takut atau ada campur tangan daripada mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata, berikutan terlalu banyak andaian dan maklumat yang disebarkan mengenai akaun 1MDB di media sosial, portal berita dan blog, adalah lebih baik supaya semua pihak berkepentingan agar bersabar dan menunggu kesahihan hasil pengauditan daripada JAN.

Beliau berkata, penting untuk JAN menjalankan pengauditan secara tidak tergesa-gesa dalam memastikan setiap sudut dan ruang lingkup akaun, operasi dan pelaburan 1MDB diaudit dengan teliti.

“PAC juga akan mengadakan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik menerima laporan daripada JAN sekiranya wujud penyelewengan yang boleh didakwa mengikut undang-undang SPRM,” katanya.