Tuesday, September 9, 2014

Konflik perbalahan PR

Nampaknya konflik dan perbalahan PR akan memasuki fasa baru. Pendedahan screen post mesej whatsapp ini mendedahkan betapa dendam Presiden PAS terhadap KETUM PKR, Anwar Ibrahim sudah tidak tertahan sehinggakan sanggup membelakangkan keputusan Syura Ulama pada 17 Ogos yang lalu.

Hmmm... Sampaikan Pengarang akhbar rasmi PAS (Harakah), Dato Tarmizi pun tembak Presidennya sendiri.....handal ni...

Mesej dalam whatsapp ini juga mendedahkan betapa Hj Hadi telah menyusun langkahnya sendiri menongkah persetujuan PR dalam hal berkaitan politik Selangor. Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Negeri Selangor telah dihasut untuk melompat dari Parti PKR dan menyertai dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Sementara itu, Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".

Kardee berkata, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara. Katanya, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya, perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan.

"Justeru, adalah pelik sekali apabila presiden tiba-tiba boleh bertindak seorang diri melangkaui kuasa Dewan Harian mahupun kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang menurunkan kuasa kepadanya.

"Lebih-lebih lagi, keputusan mengenai mencalonkan menteri besar di kalangan ahli Dewan Undangan PAS juga dibuat tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ahli Dewan Harian yang lain.

"Luham berpendapat sebarang tafsiran yang membenarkan presiden bertindak hingga ke tahap yang dinyatakan tersebut adalah bercanggah dengan roh, matan dan niat Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan hari ini.

No comments:

Post a Comment