Thursday, September 4, 2014

Amanat datuk seri mohamed khaled nordin

Hari ini Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan amanat kepada mahasiswa mahasiswi baru UTM.

Beliau juga menasihatkan agar mahasiswa memantapkan diri dengan lima perkara ketika berada di universiti sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Lima perkara itu ialah mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal, berfikiran kreatif dan inovatif, belajar bagaimana bekerjasama, menjadi penyampai yang berkesan serta belajar menyesuaikan diri dengan kepelbagaian.

Dengan adanya lima perkara ini, pelajar dapat menempatkan diri mereka di alam pekerjaan yang sentiasa memerlukan pendekatan yang baru untuk mencapai sesuatu objektif.

No comments:

Post a Comment