Friday, September 19, 2014

Kita sudah boleh mimpi ambil alih Johor Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, perkembangan pengaruh PAS di Johor yang dahulunya antara kubu BN paling sukar ditembusi, kini pada tahap membanggakan.

Bercakap pada sesi 'warming up' ceramah sempena Karnival 60 Tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini petang tadi, beliau berkata malah PAS kini sudah boleh bermimpi untuk menawan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Bukan mimpi saja-saja tetapi dengan perkiraan strategi dan kekuatan politik yang kita ada sekarang.

"Dulu Selangor kita tak mimpi nak dapat, tapi sekarang Umno pulak yang tak mimpi nak ambil balik," kata beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Turut berucap pada sesi itu petang tadi termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mat Sabu menjelaskan, PAS ketika mula bertapak di Johor hanya dibawa oleh golongan marhain seperti pemandu teksi dan tukang gunting rambut.

Namun lama-kelamaan, golongan cerdik pandai yang mendapat pengaruh Islam di kampus-kampus kembali ke kampung dengan mendukung perjuangan PAS.

Sehingga kini, ramai dikalangan profesional menjadi pemimpin dan penggerak PAS di negeri ini.

"Inilah jasa mereka terdahulu, membawa selaku pembawa obor.

"Obor ini akan terus dibawa oleh golongan muda selaku generasi penyambung peejuangan PAS ini.

Kah..kahh...kahh.....boleh dapat ke johor ? 
Tepuk dada tanya pada dari

No comments:

Post a Comment