Sunday, September 28, 2014

Kena Buktikan Bukan ‘MB Kawalan Jauh’



Walaupun Menteri Besar, Azmin Ali menegaskan beliau tidak akan menjadi ‘MB kawalan jauh’, namun ia hanya akan kekal sebagai retorik sehinggalah setiap tindakannya dibuktikan, kata Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali.

Azmin, kata beliau, perlu bertindak dan melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang telah dilafazkan sewaktu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, iaitu untuk menjaga kepentingan rakyat negeri itu dan juga memelihara kesucian agama Islam.

Kata Aidit, Azmin perlu membuktikan kredibiliti dan keupayaannya mentadbir kerajaan negeri setanding atau lebih baik daripada mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Ini kita dapat buat rumusan mungkin selepas 100 hari pertama Azmin sebagai MB. Secara peribadi saya ingin beri peluang dan ruang untuk buktikan bahawa saat beliau angkat sumpah di hadapan Sultan sebagai MB Selangor, betul-betul hati dan jiwanya beriktikad untuk jaga agama Islam, perlembagaan negeri, perlembagaan persektuan..

“Dan pastikan apa yang dilakukan musuh Islam tak akan berlaku lagi. Saya nak tengok setakat mana ia diperlakukan,” 

Bagaimanapun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meletakkan Azmin pada kedudukan sukar apabila menegaskan beliau mendesak supaya Menteri Besar Selangor itu meneliti semula beberapa ketetapan yang dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid adalah Menteri Besar Selangor yang hilang sokongan majoriti DUN Selangor, selepas dipecat PKR, bulan lalu, kerana enggan memberi laluan kepada presiden parti itu untuk menerajui negeri itu.

Antara ketetapan itu adalah mengkaji semula kenaikan gaji mendadak untuk wakil rakyat, pembinaan lebuh raya KIDEX serta perjanjian air yang diikat dengan Putrajaya.

Desakan itu dibuat Anwar pada hari ketiga Azmin menjawat jawatan nombor satu di Selangor.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menjadi pilihan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menggantikan Khalid, selepas hampir sembilan bulan negeri ini ‘kucar-kacir’ akibat peralihan jawatan tersebut.

Mengulas lanjut, kata Aidit, walaupun ada pendapat yang mengatakan Azmin berkemungkinan ‘tertekan’ kerana beliau bukanlah calon utama yang diutarakan oleh partinya dan DAP, Azmin perlu membuktikan dirinya layak untuk jawatan tersebut biarpun akan ada ketika beliau dikritik oleh golongan yang kurang bersetuju dengan pelantikannya sebagai MB.

“Satu perspektif mengatakan bahawa Azmin akan hadapi tekanan. Kalau secara zahir, akan dilihat dalam tindakan susulan. Misalnya, selepas apa tindakan dan kenyataan, kalau betul beliau tak disenangi Anwarinas, atau orang PKR dan DAP, kita dapati akan banyak orang akan sanggah beliau.


No comments:

Post a Comment