Saturday, March 7, 2015

Polis mengisytiharkan perhimpunan

Himpunan Haram KITA LAWAN yang diadakan di hadapan SOGO telah mencetuskan beberapa insiden yang tidak sepatutnya. Berdasarkan  gambar yang sedang “viral” di media sosial, tiga orang lelaki sedang “memperlekehkan” gambar Yang Dipertuan Agung.


Kerambit melihat senario ini sebagai “gerakan” jahat untuk menjatuhkan negara kita sebagai sebuah negara demokrasi berpelembagaan.  Menurut sumber dalaman, pihak polis sedang memburu tiga orang lelaki ini yang dipercayai telah menghina Yang Dipertuan Agung. 

Semoga langkah ini akan memberi pengajaran yang berguna kepada para “pemberontak” yang mewakili pakatan rakyat. 

Untuk makluman, Pergerakan #KitaLawan oleh Pemuda PKR tetap diteruskan dengan perarakan mega di Kuala Lumpur petang ini kononnya bagi mendesak kebebasan penjenayah liwat yang bernama Anwar Ibrahim.

Pihak polis telah memberi amaran agar himpunan haram #KitaLawan ini dibatalkan. Penjenayah bernama Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ketua Umum PKR, ini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas sabitan liwat terhadapnya dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. 

Pihak Polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan tersebut boleh diteruskan dengan syarat ia diadakan di stadium namun begitu penganjur #KitaLawan menolaknya dan memilih melakukannya di jalanan.

Polis juga mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram, dengan alasan PKR tidak mengemukakan notis lebih awal bagi perhimpunan tersebut. Berita selanjutnya akan menyusul kemudian.

Seandainya ISA tidak di mansuhkan sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku.....

No comments:

Post a Comment