Sunday, July 6, 2014

Kaya kaya kaya ....!!!

Kedutaan China di sini mengesahkan yang menjalankan skim cepat kaya ini telah diharamkan di China dan pengasas berusia 26 tahun itu pernah ditahan oleh pihak polis di sana sebanyak lima kali.

Lelaki itu kini telah memindahkan operasinya ke Malaysia, dan wajahnya terpampang di papan iklan gergasi mempromosikan skim cepat kaya yang dibawanya.

image

Iklan syarikat terbabit di internet memberitahu orang ramai bahawa mereka boleh mendapatkan jumlah wang banyak dan memandu kereta mewah tanpa perlu bekerja.

Dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.

Undang-undang di China melarang mana-mana individu atau syarikat daripada menjalankan pemasaran melalui sistem MLM atau piramid tetapi Malaysia membenarkan perniagaan ini. sebab itulah ramai ahli perniagaan skim cepat kaya di China melarikan diri ke Malaysia.

Menurut iklan yang diletakkan oleh syarikat itu, ahli perlu membayar RM300 untuk mendaftar.

image

Untuk setiap ahli yang direkrut, dia akan membayar RM50 untuk setiap seorang sehingga tahap keenam.

Apabila melepasi tahap keenam, seseorang ahli perlu menambah yuran keahlian dengan jumlah maksimum RM30,000 untuk terus menikmati faedah.

Ahli-ahli juga dijanjikan pulangan saham melalui e-saham dan barangan mewah, termasuk kereta BMW melalui cabutan bertuah apabila mereka mencapai tahap tertentu dalam pengambilan.

Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang mengingatkan pelabur-pelabur di Malaysia supaya bijak dan memahami dahulu sebarang rancangan sebelum menyertai sesebuah skim pelaburan.

Sumber

No comments:

Post a Comment