Thursday, July 10, 2014

Bongkak Main Politik Perkauman....!!!

Kerambit boleh  menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri  Pulau Pinang II,  Prof Dr. P. Ramasamy sebagai gambaran keangkuhan dan kesombongan Dap Pulau Pinang yang kini merasakan parti mereka semakin kuat di negeri tersebut.


kenyataan seperti itu hanya terbit daripada sikap sombong dan bongkak seorang pemimpin yang merasakan diri dan partinya sudah kuat sehingga boleh bercakap apa saja tanpa memikirkan apa akibatnya.

“Dap Pulau Pinang bagi saya  kini semakin arogan. Mana-mana individu atau pemimpin yang tidak bersikap arrogan tidak akan menyebut perkara seumpama itu. Sebelum ini kita tak pernah dengar dia sebut perkara seperti itu, namun apabila beliau fikir dirinya dan partinya itu seolah-olah kini sudah sukar di kalahkan dalam tempoh terdekat misalnya, mereka menjadi sombong dan bongkak.

Kerambit berharap agar pihak polis menyiasat segera kenyataan beliau dan mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kenyataan itu datangnya daripada seorang timbalan ketua Menteri. Pemimpin Dap yang berjawatan tinggi sepatutnya lebih berhati-hati apabila membuat sebarang kenyataan kerana mereka mempunyai pengaruh dengan jawatan yang disandang itu.

“Pihak polis wajar memanggil beliau untuk disoal siasat berhubung kenyataan itu agar ia dapat melegakan sedikit kekecohan yang berlaku terutamanya di dalam media sosial hari ini.

Kerambit turut menyatakan rasa kesal dengan sikap kepimpinan Dap yang amat suka memutar belitkan kenyataan serta amat gemar memainkan isu-isu perkauman dan agama untuk dijadikan bahan modal politik mereka.

“Sebab TPM tidak ada sebut pun secara spesifik peristiwa tersebut dan bukannya beliau mengulang-ulang cerita itu di dalam ucapan beliau. Kalau tak silap, perkataan 13 Mei tak di sebut pun oleh TPM. Jadi perkara ini sengaja diadakan dan ditokok tambah untuk dijadkan sebagai modal politik mereka.

“Bagi kerambit, sikap seperti ini amat tidak baik dalam konteks negara kita yang berbilang kaum dan sudah pastinya kenyataan yang menyinggung sensitiviti kaum dan agama seperti ini perlu kita elakkan agar kita dapat mewujudkan suasana politik yang lebih matang dengan  tidak menjadikan isu-isu yang boleh menimbulkan perbalahan dan ketegangan di kalangan sebagai satu polemik atau permainan politik.

KS:Hati-hati apabila membuat sebarang kenyataan kerana bangsa kami pun  mempunyai pengaruh yang kuat  untuk kalahkan Dap dalam tempoh terdekat .

No comments:

Post a Comment