Friday, October 24, 2014

Pejuang liberal Melayu merendahkan bangsa dan agama sendiri

Aliran liberal yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh Melayu disedari atau tidak disedari sebenarnya amat merugikan bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Aliran ini amat menguntungkan bangsa dan agama lain walaupun penganut mereka tidak seramai mana dan menganut agama yang pelbagai.

Begitu juga pemikiran sosialis yang dibawa oleh tokoh-tokoh tertentu bukannya menguntungkan bangsa Melayu dan Islam. Anehnya pejuang tulen aliran ini adalah tokoh-tokoh dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

Bangsa lain memperjuangkan liberalisme adalah untuk mengangkat maruah bangsa dan agama mereka tetapi Melayu Liberalisme mengurangkan hak-hak bangsa Melayu di negara mereka sendiri dan juga menjatuhkan martabat agama Islam.

Kalau kita meneliti dan mengkaji secara mendalam, pada asasnya aliran ini diwujudkan oleh Barat dan Yahudi untuk memerangi Islam di seluruh dunia.

Pengasas aliran ini adalah individu Yahudi yang cuba untuk menjajah pemikiran umat dengan penjajahan pemikiran.

Mereka mengekspot aliran ini ke negara-negara Islam Timur dan Barat tanpa bersusah payah datang ke Timur tetapi cukup dengan melatih anak bangsa itu sendiri untuk membawa aliran dan pemikiran liberalisme ke negara mereka. 

Maka lahirlah tokoh-tokoh Islam moderat dan tokoh-tokoh akademik dan profesional yang telah dipasak dengan aliran liberalisme berselindung di sebalik tabir pejuang agama.

Islam yang dibawa oleh golongan ini adalah Islam acuan Barat terkeluar daripada fikrah Islam yang sahih. Tapi malangnya mereka mendapat tempat yang baik dalam gerakan Islam kerana kelunakan bahasa mereka dalam memperkatakan tentang Islam.

Kalau dahulu bangsa Melayu amat susah untuk menerima parti politik yang berlambangkan kepala lembu ( Parti Sosialis Rakyat Malaysia – PSRM ) kerana dikatakan parti ini bawa aliran sosialis yang hampir sama dengan komunis.

Sebahagian besar bangsa Melayu menolak parti kepala lembu walaupun orang kampung yang kerdil tetapi dengan kelunakan bahasa dan tutur kata serta kelicikan strategi mereka sekarang ini bukan sahaja orang-orang kampung mendokong pemikiran mereka tetapi aliran mereka diperjuangkan oleh para akademik dan alim ulamak. 

Bahkan mereka diberi tempat dalam pimpinan dan media rasmi gerakan Islam dan mereka bercakap atas nama gerakan Islam.

Para ulama terpesona dengan kehalusan mereka berhujjah lalu mengiktiraf bahawa inilah Islam toleransi yang diajar oleh Quran dan Hadis tanpa mereka menyedari bahawa apa yang dibawa oleh kumpulan ini adalah terkeluar daripada Islam. 

Dalam konteks Malaysia, pejuang liberalisme yang bertopengkan Islam amat merugikan bangsa Melayu dan Islam.

Bangsa Melayu terpaksa menggadaikan hak-hak mereka kononnya meraikan bangsa lain demi perpaduan sedangkan bangsa lain mengekalkan apa yang telah mereka perolehi dan akan perjuangkan secara agresif mana-mana hak mereka yang belum dapat.

Malaysia adalah hak bangsa Melayu yang sah. Bangsa Melayu bangsa majoriti.

 Bangsa Melayu sepatutnya boleh menentukan hala tuju dan masa depan negara mengikut keperluan bangsa Melayu dan agama yang mereka anuti.

Akan tetapi liberalisme telah mengajar bangsa Melayu agar melepaskan hak mereka kepada bangsa lain sedangkan bangsa lain sedikitpun tidak mengurangkan apa yang telah mereka warisi dari tanah asal mereka.

Seboleh-bolehnya mereka ingin melaksanakan apa yang terdapat dari tanah besar di bumi Malaysia walaupun sekecil-kecil perkara.

Mereka ingin mengamalkan seluruh sistem kehidupan mereka sebagaimana warisan nenek moyang di tanah besar.

Malangnya liberalisme telah mengajar bangsa Melayu menjadi selemah-lemah bangsa atas dasar keadilan dan kesamaratan.

Bangsa pendatang ingin menjadikan Malaysia sebagai tanah mereka yang kedua. Bangsatnya liberalisme telah menjadikan bangsa Melayu tidak sayang dan cinta kepada bangsa dan agama. Pada masa yang sama mereka perjuangkan hak-hak bangsa lain dalam pendidikan, ekonomi, budaya dan lain-lain lagi. 

Penganut agama lain tidak mengkritik agama mereka tetapi pejuang liberalisme mengkritik agama sendiri dan mentakwilnya agar bersesuaian dengan kehendak agama lain.

Amat malang bila ada ulamak yang mengiyakan dakwaan dan tuduhan mereka kerana tertipu dengan kelunakan dan kelicikan mereka berbicara dan berhujjah.

Mungkin para ulamak juga tidak mengenali aliran liberalisme kerana tidak dinyatakan dalam kitab-kitab lama, mereka lebih mengenali kumpulan muktazilah, jabariah dan lain-lain lagi yang disebutkan dalam kitab yang mereka pelajari sejak berzaman.

Suasana ini lebih mudah bagi pejuang liberalisme bersandiwara dengan bertopengkan sebagai pejuang Islam.

Kesimpulannya aliran liberalisme yang diperjuangkan individu atau kumpulan dari bangsa Melayu yang beragama Islam telah meletakkan Islam di tempat yang lebih rendah dari agama lain.

Mereka merendahkan bangsa Melayu dan Islam sedangkan bangsa lain tidak sedikitpun merendahkan bangsa atau agama mereka. Lebih malang mereka diberi layanan yang istimewa oleh gerakan Islam dan pimpinan mereka.

No comments:

Post a Comment