Monday, January 26, 2015

Jauh UMNO dari perjuangan Melayu.

Sudah lama  tidak menulis blog, bukan kerana apa hanya untuk berehat seketika dari menulis.

Tapi hari ini kerambit akan cuba menulis sekerap yang mungkin terutamanya berkaitan tentang orang Melayu.

Sejak kebelakangan ini pelbagai isu berkaitan orang Melayu cukup hangat diperkatakan. Isu calon Melayu DAP, isu pegangan ekuiti Melayu, isu ISLAM, isu ekonomi orang Melayu dan pelbagai lagi isu yang dibangkitkan.

Persoalannya ialah ‘DIMANA UMNO?’ Parti siasah orang Melayu yang sepatutnya kehadapan untuk membela bangsa Melayu dan ISLAM dilihat sepi.

Apa yang UMNO lakukan untuk memperjuangkan nasib untung bangsa Melayu?

Dimanakah lagi bangsa Melayu harus bergantung? Adakah UMNO sudah tidak lagi mahu memperjuangkan Melayu?

Najib Razak selaku Perdana Menteri dan presiden  UMNO nampak seakan tidak lagi mahu mengekalkan perjuangan agama bangsa dalam UMNO.

Dalam keghairahan beliau untuk mengejar negara berpendapatan tinggi, nasib bangsa Melayu seakan tidak mahu dititikberatkan.

Bangsa Melayu diletakan disekitar pinggiran bandar, bangsa Melayu tidak lagi mendapat tempat seperti yang sepatutnya, tanah-tanah rizab Melayu makin hari makin hilang, keutamaan terhadap pelajar-pelajar cemerlang Melayu sudah diketepikan dan peluang-peluang perniagaan untuk Melayu makin kecil. Apa sebenarnya agenda Najib Razak sebenarnya?

Sampai bila kita sebagai anak Melayu terpaksa hadap dengan karenah kepimpinan parti Melayu yang hanya pandai beretorik dipentas tetapi tidak melaksanakan amanah memperjuangkan bangsa Melayu?

Adakah benar bak kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang ‘Melayu Mudah Lupa’?

Kerambit akan terus menulis didalam blog ini apa yang berkaitan dengan bangsa Melayu. Suka atau tidak kita terpaksa hadapi dimana UMNO makin jauh dari perjuangan AGAMA DAN BANGSA....

No comments:

Post a Comment